SIRI SYARAHAN PERDANA | SENSOR KIMIA OPTIK
ABSTRAK S ensor kimia merupakan peranti kecil yang mampu menukarkan informasi kimia dalam analit kepada isyarat elektronik yang boleh diukur. Pada awal penerokaan penyelidikan sensor kimia, kaedah yang digunakan untuk menganalisis spesies kimia ialah dengan mencerap tindak balas yang berlaku dalam larutan. Pembaikan kepada sensor kimia dilakukan dengan memegunkan reagen kimia pada transduser dan tindak balas pada permukaan elektrod boleh dicerap. Sensor kimia optik adalah berdasarkan kepada pengukuran cahaya yang diserap atau dipancarkan sebagai hasil tindak balas antara reagen terpegun dengan analit. Dalam sensor optik, cahaya akan dipandu menggunakan gentian optik kepada alat pengesan foto. Pengesan foto akan mengesan perubahan keamatan serapan atau pantulan pada panjang gelombang tertentu. Kaedah optik telah memberikan kesan yang sangat besar kepada teknologi sensor kimia pada masa kini dan mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah lain kerana ia melibatkan penggunaan sumber cahaya yang murah dan mudah diperoleh. Sehingga kini penyelidikan sensor kimia masih aktif dijalankan dan turut melibatkan perkembangan teknologi terkini dalam bidang elektronik, bioteknologi, teknologi nano, bahan termaju dan fizik. Penggunaan bahan termaju seperti cip mikro, partikel-nano, biobahan dalam pembinaan sensor kimia optik telah memberikan sumbangan yang penting seperti peningkatan kepekaan dan kepilihan, penggunaan bahan dalam kuantiti nano dan prosedur analisis yang mudah. Gabungan teknologi kecerdasan buatan ( artificial intelligence , AI) seperti jaringan neural tiruan ( JNT) dengan sensor kimia optik
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=