Katalog 2018

Penerbit USIM 6 KAMUS MINI ZAKAT ARAB-MELAYU 2018 | RM 28.00 Azman Ab Rahman, Hamizul Abdul Hamid, Ahmad Husni Abd Rahman 978-967-440-431-4 | Pendidikan, Syariah dan Undang-undang, Perbankan dan Ekonomi Kamus Mini Zakat ini merupakan satu usaha untuk memudahkan para pengkaji, amil, pelajar dan masyarakat awam memahami istilah-istilah zakat secara sistematik dan tersusun. Pengetahuan dan pemahaman terhadap istilah-istilah zakat dapat menjadi kunci kepada perbendaharaan ilmu fikah zakat yang lebih luas. Pelbagai maklumat berbentuk istilah-istilah disusun secara rapi yang mengandungi konsep zakat, jenis zakat, kaedah pengiraan zakat, kutipan dan agihan zakat dihuraikan dalam buku ini. Penyusunan buku ini juga mengikut susunan abjad Arab diikuti sebutan dan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk memastikan istilah-istilah zakat yang dihuraikan lebih mudah difahami. Penerangan ringkas diberikan bersama contoh penggunaan istilah yang digunakan dalam konteks semasa. Rujukan lanjut juga disertakan untuk pembaca membuat semakan dan bacaan terperinci. DAKWAH ASKARI DI MALAYSIA 2018 | RM 40.00 Burhanuddin Jalal 978-967-440-387-4 | Dakwah/Kepimpinan Kesedaran untuk terus meninggikan syiar Islam dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tentunya mewarisi kesinambungan perjuangan Rasulullah, para sahabat dan juga para ilmuwan Islam terdahulu. Cabaran untuk meneruskan syiar Islam ini memang wujud sejak zaman Rasulullah lagi. Idea dan usaha mengembangkan perkhidmatan agama sebagai organisasi dalam satu bentuk kor di bawah perkhidmatan ATM mula digerakkan. Di samping untuk mendekatkan anggota agama ke arah militirisation , terdapat faktor lain yang mendorong penubuhan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) dengan kadar segera sebagai usaha untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan usaha-usaha dakwah Islamiah dan penghayatan Islam kepada semua pegawai dan anggota dalam ATM. Buku ini menyorot perkembangan pengurusan hal ehwal Islam dalam ATM serta menyentuh usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh KAGAT.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=