Katalog 2018

Penerbit USIMmemulakan langkah awal dalam dunia penerbitan buku pada tahun 2002 (ketika itu dikenali sebagai KUIM). Selepas hampir 11 tahun beroperasi, pada tahun 2011, Penerbit USIM akhirnya ditransformasikan kepada Bahagian Penerbitan menjadi PTJ tersendiri dengan struktur-struktur yang lebih teratur dan mantap. Sehingga kini jumlah penerbitan telah mencapai 130 tajuk buku dalam pelbagai bidang seperti sosial sains, syariah dan undang-undang, perubatan, Quran & sunah serta sains dan teknologi. Apa yang menarik, penerbitan buku di Penerbit USIM merupakan integrasi antara ilmu Naqli dan Aqli. Lebih dari itu, di bawah naungan bersama dan juga ahli MAPIM-Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia, Penerbit USIM juga bergiat aktif dalam pelbagai pameran di serata negeri termasuklah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan saban tahun dan menjadi acara kemuncak jualan buku. Penerbit USIM mempunyai visi pada masa depan agar Penerbit USIM boleh berbangga bukan sahaja dari segi kualiti tetapi juga kuantiti setanding dengan penerbit IPTA lain. Penerbit USIM tel h ditubuhkan pada t hun 2003 kini mengorak langkah untuk menjadi antara penerbit kademik tersohor di Malaysia. Telah menerbitkan lebih 700 judul buku akademik, buku umum, coffee table , penerbitan khas, buku teks dan modul pembelajaran. Penerbit USIM bertanggungjawab dalam mengurus terbit buku serta jualan buku. Di samping itu, Penerbit USIM juga menganjurkan bengkel, kursus pendek dan menjalankan aktiviti promosi secara berkala. Penerbit USIM turut aktif dan bernaung di bawah MAPIM (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia), bersama-sama dengan semua penerbit universiti awam yang lain bawah satu payung. Penerbit USIM juga mengambil baha ian secara aktif dal m pameran d n aktiviti dalam negara dan tarabangsa. Ini termasuk p nyert an tahunan seperti Pest Buku Antara angsa Kuala Lumpur (PBAKL), pameran buku secara berkala di universiti-u ive siti awam di Malaysia, serta pesta buku antarabangsa seperti di Tokyo, Frankfurt, Brunei, Sharjah dan Jakarta.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=