Katalog Penerbit USIM 2019

4 PANDUAN PERTOLONGAN CEMAS KEPADA BAYI & KANAK-KANAK 2019 | RM 32.00 Mohd Azmani Sahar, Norsham Juliana Nordin, Nur Iqmaliza Akmal Mohd Kamal 978-967-440-599-1 | Sains Perubatan / Pergigian / Kesihatan Buku ini diterbitkan sebagai panduan asas yang perlu dimiliki oleh setiap ibu bapa dan penjaga bagi mengurangkan kesan buruk kemalangan dan kecelakaan kepada bayi dan kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Aspek keselamatan dan kesihatan perlu dititikberatkan bagi kanak- kanak yang sedang membesar. Panduan ini juga menyenaraikan langkah pencegahan, dan pengesanan awal bagi penyakit dan kecederaan tertentu serta mengenal pasti beberapa kaedah yang perlu dilakukan semasa bantuan awal kecemasan. Diharap buku ini dapat memberi pengetahuan yang lebih jelas, teratur dan mudah diikuti kepada para pengasuh, ibu bapa dan orang awam. antologi puisi sulaman tinta 2019 | RM 25.00 Editor: Siti Suriani Othman, Habibah Ismail, Khairunneezam Mohd Noor 978-967-440-628-8 | Bahasa / Sastera / Budaya Puisi-puisi dalam antologi ini ‘sedar’ akan hakikat puisi sebagai cipta seni yang mengungkapkan pengalaman jiwa rasa pengarang/penyair tentang alam atau dunia dan persekitaran kehidupan manusia. Selaras dengan fungsinya sebagai wadah pengucapan rohani, puisi-puisi dalam antologi ini berupaya mendukung emosi, imaginasi dan interpretasi yang berpusat pada akal budi. Antologi puisi Sulaman Tinta adalah suara luhur warga menara gading (tenaga akademik, pentadbir dan mantan pelajar USIM) yang turut sama-sama memaknakan getar rasa sesama manusia. Tidak terpisah oleh jarak apa pun - selalu dan senantiasa didekatkan pula oleh jiwa. | buku baharu

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=