Panduan Membina Buku Teks

Penerbitan buku teks di USIM merupakan antara sasaran penting dalam membantu meningkatkan dan menambahkan bilangan penerbitan untuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap penerbitan buku teks USIM hanya boleh diterbitkan dalam dua bahasa utama yang digunakan sebagai bahasa pengantar di USIM, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Buku teks dalam bahasa Melayu hanya boleh diterbitkan bagi program yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sahaja.

PENYERAHAN MANUSKRIP

  • Setiap penyerahan manuskrip perlu diserahkan dua (2) bulan lebih awal dari tarikh buku teks diperlukan.
  • Semua serahan manuskrip bagi buku teks atau modul haruslah mendapat perakuan dekan terlebih dahulu.
  • Bagi buku teks, setiap serahan manuskrip perlu telah melalui proses penilaian pakar bidang sama ada di USIM atau di luar USIM dan akan diuruskan di peringkat fakulti.
  • Manuskrip yang dihantar perlu disertakan dengan surat akuan dekan (perlu nyatakan bilangan pelajar dan kod program), borang laporan penilaian manuskrip dan borang doket manuskrip kepada pihak urus setia.
  • Manuskrip yang diserahkan kepada Penerbit USIM hendaklah terdiri daripada keseluruhan bahan dalam bentuk salinan asal yang bercetak dan manuskrip yang lengkap berjilid.
  • Semua ilustrasi seperti fotografi, gambar rajah, carta, graf, peta dan lukisan hendaklah diserahkan dalam warna hitam putih (kecuali dalam kes-kes tertentu) dan boleh dikemukakan secara berasingan daripada teks atau meletakkan terus di dalam teks.
  • Reka letak teks manuskrip dalam Microsoft Word untuk serahan ialah Font: Arial, size: 11 dan spacing: double spacing.

Panduan Membina Buku Teks

PENERBIT USIM, Universiti Sains Islam Malaysia,71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Tel: 06-798 8226/ 6081 | Fax: 06-798 6083
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Waktu Operasi Pejabat: Isnin - Jumaat : 8.00 pg - 5.00 ptg Waktu Rehat: Isnin - Khamis : 1.00 ptg - 2.00 ptg, Jumaat : 12.15 tgh - 2.45 ptg. SABTU, AHAD & CUTI UMUM - TUTUP