Panduan Membina Karya Asli

  • Karya asli (ilmiah/umum) antara karya pengarangan yang diterbitkan bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran, memberi faedah kepada masyarakat, mencerminkan kepakaran staf dan kecemerlangan serta menentukan kebitaraan universiti.
  • Semua kakitangan USIM sama ada akademik atau bukan akademik boleh menerbitkan pengarangan mereka melalui Penerbit USIM. Bagi proses penerbitan buku-buku yang ditulis oleh penerbitan bersama, iaitu bersama pengarang luar (bukan kakitangan USIM), hak penerbitan untuk diterbitkan turut diberi. Penerbit USIM juga menerima manuskrip penulis luar sekiranya sesuai untuk diterbitkan selepas diteliti oleh Jawatankuasa Penerbitan USIM.

PERMOHONAN MENULIS

Kakitangan yang ingin menerbitkan sebuah karya asli dengan Penerbit USIM hendaklah menyerahkan DUA (2) manuskrip dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) dan SATU (1) salinan tidak bercetak (soft copy) melalui CD / disket / e-mel berserta borang doket manuskrip yang dimuat turun dari laman web USIM (penerbit.usim.edu.my). Penyerahan dalam salinan bercetak sahaja atau salinan tidak bercetak sahaja berhak ditolak oleh penerbit. Penyerahan ini boleh dilakukan di Pejabat Penerbit USIM.

Panduan Membina Karya Asli

PENERBIT USIM, Universiti Sains Islam Malaysia,71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Tel: 06-798 8226/ 6081 | Fax: 06-798 6083
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Waktu Operasi Pejabat: Isnin - Jumaat : 8.00 pg - 5.00 ptg Waktu Rehat: Isnin - Khamis : 1.00 ptg - 2.00 ptg, Jumaat : 12.15 tgh - 2.45 ptg. SABTU, AHAD & CUTI UMUM - TUTUP