Prosedur Penerbitan Buku Fakulti/PK

PENGENALAN

Dasar Penerbitan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Penerbitan telah bersetuju bahawa setiap penerbitan buku ilmiah di fakulti/ Pusat Tanggungjawab (PTJ) di USIM akan diterbitkan menggunakan imprin Penerbit USIM. Ini bertujuan untuk menjaga kualiti penerbitan dan menepati kriteria sebuah buku yang boleh dipasarkan. Selain itu, proses ini akan memudahkan perekodan maklumat penerbitan universiti.

Jenis penerbitan yang ditakrifkan sebagai terbitan fakulti/PTJ ialah penerbitan yang dipantau dan mempunyai keterlibatan fakulti/PTJ dalam menyediakan bahan atau input tertentu. Bahan tersebut terdiri daripada bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan daripada seminar, bahan daripada jawatankuasa tertentu serta penerbitan buku umum yang berkaitan dengan fakulti/PTJ (Pusat Kebudayaan yang banyak terbitkan kumpulan puisi).

Berikut merupakan jenis penerbitan fakulti/PTJ:

  • Buku teks/modul (rujuk garis panduan penulisan buku teks/modul)
  • Buku kompilasi artikel daripada seminar atau projek khas fakulti/PTJ
  • Siri terbitan di fakulti/PTJ (siri kajian syariah dan undang-undang, diskusi syariah dan undang-undang serta yang berkaitan)
  • Buku khas (naqli aqli, projek khas yang berkaitan fakulti/PTJ, sempena ulang tahun atau sambutan)
  • Siri syarahan (perdana, umum dan Tuanku Canselor atau yang berkaitan)
  • Jurnal fakulti/PTJ
  • Prosiding seminar pula diurus terbit (proses penerbitan sehingga percetakan) oleh fakulti/PTJ. Permohonan ISBN dan CIP sahaja perlu melalui Bahagian Penerbitan (BP) untuk tujuan perekodan. 

Nama fakulti/ PK akan diletakkan di kulit belakang buku di bawah imprin logo Penerbit USIM.

Prosedur Penerbitan Buku Fakulti

PENERBIT USIM, Universiti Sains Islam Malaysia,71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Tel: 06-798 8226/ 6081 | Fax: 06-798 6083
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Waktu Operasi Pejabat: Isnin - Jumaat : 8.00 pg - 5.00 ptg Waktu Rehat: Isnin - Khamis : 1.00 ptg - 2.00 ptg, Jumaat : 12.15 tgh - 2.45 ptg. SABTU, AHAD & CUTI UMUM - TUTUP