Background Image
Previous Page  3 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 3 / 32 Next Page
Page Background

Katalog Penerbit USIM 2015 | 3

RAHSIA SIWAK DALAM SUNNAH DAN SAINS PERGIGIAN | RM36.00

Haslinda Ramli, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Nadia Halib, Wan Mohamad Nasir Wan Othman |

Sains Perubatan / Pergigian dan Kesihatan

A

malan bersiwak merupakan salah satu sunah Rasulullah SAW dalam menjaga kebersihan diri.

Amalan ini telah diteruskan sejak zaman tabiin sehinggalah pada masa kini, kerana maafaatnya bukan

sahaja berpandukan kepada nas-nas syarak bahkan diakui oleh pakar kesihatan pergigian. Kayu siwak

mengandungi pelbagai bahan kimia yang selamat digunakan untuk kebaikan gigi seperti bahan anti-plak,

vitamin C, sulfida dan lain-lain.

Buku ini berkongsi rahsia sunah Rasulullah SAW dalam amalan bersiwak berdasarkan pembuktian

saintifik tentang kelebihan bersiwak serta memberikan kaedah bersiwak selari dengan pembangunan

pengetahuan pergigian. Cara bersugi menggunakan kayu siwak juga dipersembahkan dalam bentuk Video

CD agar pembaca dapat mengaplikasikan amalan tersebut dengan berkesan bagi memelihara kesihatan

pergigian.

Kias Tersirat Perantauan Bertemu Melayu & Islam di Dunia Melayu Benua | RM85.00

Herman Abdullah | Bahasa / Sastera / Budaya | 978-967-440-272-3

S

ebuah karya yang secara tegas memadamkan terus garisan sempadan ilusi dan fantasi yang

menyempitkan sejarah dan minda Melayu. Fotojurnal ini memaparkan bukti-bukti empirikal tentang

kewujudan bangsa Melayu di Benua Melayu yang pernah meneroka benua tanpa mengenal erti sempadan

daratan mahupun lautan. Umpama terowong masa, ada ketika penulis bersama-sama pasukan Jejak

Warisan Jawi membawa pembaca kembali mengembara ke zaman silam, menjejak kisah percintaan,

peperangan, keberanian, ketabahan, kesetiakawanan, kezuhudan, kedayatahanan – ​resilien yang

bersulamkan latar belakang keindahan alam semula​​jadi, kehalusan, kebijaksanaan, peradaban dan tata

susila serta kesenian sebuah bangsa yang telah menjadikan agama Islam itu sesuatu yang amat indah

sebagai pedoman dalam suka duka mereka mengharungi sebuah kehidupan. Sebuah refleksi yang sangat

bermanfaat lagi berguna untuk seluruh Umat Melayu di Alam Melayu. Sebuah karya yang wajib diwariskan

buat generasi akan datang sebagai azimat pengkuat jati​​diri sebelum ia hilang dari​pada​pandang.

KAUNSELING DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT | RM28.00

Sapora Sipon | Komunikasi/Kaunseling | 978-967- 440-256-3

P

engasingan agama daripada bidang psikologi telah lama dilakukan oleh pakar psikologi Barat dalam

pembentukan teori dan penulisan. Pengasingan ini disebabkan oleh faktor seperti sejarah, aliran

pemikiran tokoh psikologi dan juga kemajuan sains. Kaunseling daripada perspektif Islam semakin

berkembang kerana kaunseling Barat yang sedia ada tidak dapat disesuaikan dengan kefahaman dan

kepercayaan masyarakat Islam.

Buku ini amat menarik kerana membincangkan sejarah, persamaan, perbezaan serta keperluan dalam

kaunseling daripada perspektif Islam dan Barat. Pembaca dapat memahami dengan lebih jelas konsep asas

psikoterapi Islam dan aplikasi teknik kaunseling daripada perspektif Islam dan Barat.

TERBITAN

BAHARU 2016

Secret of Dates ~ Glossary of the Date Palm a Special Plant as described in the

Qur’an

Nur Farhah Zainan Nazri | Al-Quran / Hadis

T

his book is a part of the list of the total of 27 references to date palm contained in the 114 chapters of

the Qur’an and their interpretations. It begins with Quranic descriptions of the nucleus of dates

(al-fatil,

al-naqir and al-qitmir)

. It is followed by Quranic descriptions of the date palm spadix

(al-tal’)

, the date palm

trunk

(al-judhu’ and al-a’jaz)

and ends up with the date palm

(al-nakhil, al-nakhl

and

nakhla also shajarah

tayyibah, kull hin and min linah).

The prevalent use of dates in the present day especially among Muslims is the outcome of a long

citation of date palm in the Quran that needs to be understood to a certain extent if we are to make sense of

the role of Islam in preserving health. W​e will have a bird’s-eye overview of the most fundamental knowledge

of the Quranic accounts of the date palm.