Background Image
Previous Page  4 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 4 / 32 Next Page
Page Background

4 | Katalog Penerbit USIM 2015

Fiqh Pergigian...menjawab keraguan anda. 21 Soal Jawab mengenai hukum dan isu

dalam rawatan pergigian | RM25.00

Aspalilah Alias, Nurjehan Mohamed Ibrahim, Ahmad Wifaq Mokhtar | Sains Perubatan / Pergigian dan

Kesihatan | 978-967-440-278-5

B

uku ini membincangkan persoalan dan kemusykilan masyarakat umum tentang apakah hukum rawatan

pergigian pada pandangan Islam. Dalam rawatan pergigian terdapat pelbagai rawatan termasuk rawatan

cabutan gigi, pembedahan gigi, rawatan pergerakan gigi, kecantikan gigi, penampalan gigi, rawatan gusi

dan sebagainya. Terdapat juga kemusykilan tentang adakah dibenarkan membuat rawatan semasa bulan

puasa dan pelbagai situasi dan keadaan yang menjadi tanda tanya masyarakat dan pengamal pergigian

itu sendiri. Bahan-bahan yang digunakan semasa rawatan pergigian juga menjadi kontroversi tentang

kehalalan daripada pandangan Islam.

Buku ini mengupas bidang-bidang dalam ilmu pergigian dan membincangkan masalah pergigian kini.

Keistimewaan buku ini ditulis oleh pensyarah-pensyarah pergigian dan pakar ilmu fiqh yang berpengalaman

serta kombinasi daripada idea para pelajar pergigian USIM bagi menyingkap dan meleraikan masalah yang

sentiasa menjadi persoalan dalam rawatan pergigian.

Mafhum Jamaatul Al-Muslimin Fi Itar Ad-Dakwah Al-Islamiyah | RM60.00

Ahmad Abdul Malik | Dakwah / Kepimpinan | 978-967- 440-256-3

B

uku ini membincangkan konsep jemaah Islam dalam skop dakwah Islam dalam beberapa isu penting

yang melanda umut Islam dahulu dan sekarang. Antara topik yang dikupas ialah khalifah Islam dalam

politik Islam. Penulis turut memberi penjelasan kepada perkara-perkara yang sering disalah erti oleh

masyarakat berkenaan jemaah Islam. Penulis turut menggariskan panduan dalam pemilihan ketua dan

sifat yang perlu ada pada setiap ketua jemaah.

DARAH PENYAMBUNG NYAWA

Noor Fadzilah Zulkifli, Ku Mastura Ku Mohd Noor | Sains Perubatan / Pergigian dan Kesihatan |

978-967-440-273-0

‘D

ARAH; TITISAN BERHARGA PENYAMBUNG NYAWA’ adalah sebuah buku menjelaskan mengenai

sistem peredaran darah manusia. Darah merupakan satu sistem tubuh yang amat penting . Buku

ini membincangkan tentang darah dan komposisinya, penghasilan dan penguraian darah dalam tubuh

manusia serta jenis kumpulan darah utama manusia. Topik berkaitan pendermaan darah juga dikupas

untuk memberikan gambaran sebenar tentang perjalanan proses pendermaan darah termasuk proses

pendermaan darah, penyediaan komponen darah, peranan anda sebagai penderma darah, proses transfusi

darah, komplikasi transfusi darah, alternatif kepada transfusi darah serta bahan pengganti darah. Selain

itu, buku ini turut memberikan jawapan terhadap pelbagai tanggapan negatif yang menyelubungi minda

masyarakat terhadap pendermaan darah. Buku ini juga amat istimewa kerana ia juga membincangkan

permasalahan transfusi darah dari perspektif Islam. Buku ini sangat sesuai sebagai bacaan bagi pelajar

perubatan, sains kesihatan, pelajar sekolah dan orang awam yang berminat untuk menambah pengetahuan.

Kedudukan asnaf ar-riqab sebagai penerima zakat di malaysia | RM25.00

Azman Ab Rahman, Arief Salleh Rosman, Ahmad Wifaq Mokhtar, Mohd Nasir Abdul Majid, Ahmad Najaa’

Mokhtar, Muhamad Firdaus Ab Rahman | Ekonomi | 978-967-440-268-6

P

entafsiran terhadap asnaf

ar-riqab

sebagai penerima zakat berbeza antara setiap negeri di Malaysia.

Selangor merupakan sebuah negeri yang memperkembangkan definisi

ar-riqab

kepada takrifan yang

lebih luas melangkaui definisi hamba. Buku ini menerangkan sejarah sistem penghambaan yang pernah

wujud dalam pemerintahan kerajaan-kerajaan purba seperti Mesir, Yunani dan Rom termasuk juga

kedudukan hamba dalam kerajaan Islam. Selain itu, pendapat ulama dahulu dan kini serta fatwa terhadap

pendefinisian

ar-riqab

turut dimuatkan dalam buku ini. Pembaca juga dapat mengetahui perlaksanaan

ar-

riqab

dalam pengurusan zakat oleh Bahagian Pemulihan Riqab, Majlis Agama Islam Selangor.

Diharapkan buku ini dapat memberi sumbangan kepada pembangunan dan pengurusan zakat di

Malaysia serta menjadi rujukan dalam pengagihan zakat kepada asnaf

ar-riqab

.