Background Image
Previous Page  5 / 32 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 5 / 32 Next Page
Page Background

Katalog Penerbit USIM 2015 | 5

Ta’sir Al-Adab Arabi | RM40.00

Rosni Samah | Bahasa / Sastera / Budaya | 978-967-440-267-9

A

yatisasi dan juga perbandingan adalah antara kaedah integrasi ilmu naqli dan akli. Kaedah ini jelas

dapat dilihat dalam kajian sastera, khususnya perbandingan antara sastera Arab Islam dan sastera

Melayu. Berdasarkan kaedah di atas, buku ini bertujuan menerokai pengaruh sastera Arab dan Islam dalam

sastera Melayu Moden di Malaysia. Bab pertama dikhususkan bagi perbincangan pengaruh novel Mesir

“Zainab” terhadap kandungan novel Malaysia pertama: Faridah Hanum.

Bab kedua pula mengkaji pengaruh novel Gourge Zeidan “Fath al-Andalus” dalam kandungan drama

Tariq bin Ziad yang ditulis oleh Syed Syeikh Alwi al-Hadi. Manakala bab ketiga membincangkan pengaruh

syair pujian Nabi, iaitu Burdah dan Hamziah yang ditulis oleh al-Busairi dalam kandungan syair Kanzul ‘Ula

yang ditulis oleh Sayed al-Aidrus Terangganu.

Bab keempat melusuri pengaruh pemikiran Sastera Islam Moden di negara Arab dalam perkembangan

pemikiran sastera Islamdi Malaysia. Hasil buku ini menunjukkan terdapat pengaruh sasteraArab dan Islamyang

jelas dalam mempengaruhi genre sastera Malaysia dan perkembangan pemikiran sastera Islam di Malaysia.

Dirasat fil Qadaya An-Nahwiyah fil Quran Al-Karim wal Ahadith An-Nabawiyah | RM32.00

Zainal Abidin Hajib, Yuslina Mohamed, Wan Azura Wan Ahmad | Quran / Hadis | 978-967-440-270-9

B

uku ini mengandungi beberapa topik yang membincangkan isu berkaitan pemahaman terhadap makna

al-Quran ekoran pendapat perbezaan Qiraat dan juga mengenai penggunaan kaedah Nahu yang

sesuai dalam kajian nahu yang terdapat dalam hadis dan seterusnya kajian mengenai isu partikel “man”

dan “iza” dalam al-Quran.

Huraian juga ditumpukan dengan rujukan muktabar sama ada dari segi bahasa Arab itu sendiri seperti

nahu, qiraat dan balaghah. Buku ini juga menerapkan pendapat penulis menerusi analisis pendapat dan

perbincangan sarjana-sarjana tafsir dan hadis serta bahasa Arab.

Buku ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Gaya bahasa yang mudah yang menghuraikan

fikrah dan perbincangan isi kandungannya akan dapat memudahkan pemahaman pembaca. Tambahan

pula setiap perbincangan akan disertakan dengan hujah sama ada dari al-Quran mahu pun hadis disertakan

dengan pentafsiran yang jelas dari sudut perbezaan makna berserta dengan I’rab dalam sesetengah isu.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat terutamanya golongan yang mencintai bahasa

Arab dan para pelajar yang mendalami bahasa al-aldhad khususnya peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Abhas Ijtihadiyah fi An-Nasab : Dirasah Muqaranah Bayna Al-Fiqh Al-Islami wal

Qanun Malizi | RM38.00

Mohd Noor Daud | Syariah / Undang-undang | 978-967-440-271-6

B

uku ini menghuraikan tentang nasab (keturunan) dengan perbandingan antara Fiqh dan undang-undang

di Malaysia. Objektif penulisan buku ini adalah untuk menonjolkan kesepakatan dan perselisihan antara

kedua-dua undang-undang ini. Mengandungi tiga bab yang memperincikan kaedah penentuan status

anak tidak sah taraf dari perspektif Fiqh dan undang-undang Malaysia. Antara perkara lain yang turut

dibincangkan adalah pengguna DNA dalam menentukan keturunan dan hukum ibu tumpang dan kesannya

terhadap masyarakat. Kesemua isu yang dibincang ini turut disokong dengan dalil hadis dan ayat al-Quran

selain perbandingan dengan undang-undang Malaysia.

SAINS ISLAM SUATU KONSEP BAHARU TERHADAP HUBUNGAN SAINS DAN AGAMA | RM24.00

Mohamad Nasrin Mohamad Nasir, Malki Ahmad Nasir | Naqli dan Aqli | 978-967-440-279-2

B

uku ini membicarakan beberapa idea asas tentang hubungan antara Sains dengan Agama, khususnya

agama Islam. Penerbitan buku ini adalah usaha untuk menyumbang ke arah perbincangan dalam bidang

tersebut. Dalam kehebatan perkembangan sains dan teknologi dalam pelbagai bidang, ramai kalangan

pelajar dan orang awam yang menjadikan sains sebagai bidang utama dalam kehidupan mereka. Malah

ada yang mengatakan sains telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah sehinggakan agama tidak

diperlukan lagi. Diharapkan kupasan dalam buku ini dapat menyumbang ke arah perbincangan tentang

idea Sains Islam di USIM dan di institusi pengajian tinggi yang lain.