Panduan Penerbitan Buku

Sebarang pertanyaan mengenai panduan penerbitan boleh e-mel kepada penerbit@usim.edu.my @ talian telefon 06-798 6271

Garis Panduan dan Dasar Penerbitan

Garis Panduan, Dasar dan Peraturan Penerbitan ini disediakan dengan tujuan untuk membantu Jawatankuasa Penerbitan USIM dan Penerbit USIM (PU) menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya dengan berkesan dan cekap dalam usaha membangun dan memajukan bidang penerbitan akademik, Universiti Sains Islam Malaysia.  Di samping itu, garis panduan ini diharapkan dapat memberi maklumat yang lebih jelas kepada pihak yang berminat untuk menerbitkan hasil karya mereka dengan Penerbit USIM.

MUAT TURUN

Panduan Membina Buku Teks

Penerbitan buku teks di USIM merupakan antara sasaran penting dalam membantu meningkatkan dan menambahkan bilangan penerbitan untuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap penerbitan buku teks USIM hanya boleh diterbitkan dalam dua bahasa utama yang digunakan sebagai bahasa pengantar di USIM, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Buku teks dalam bahasa Melayu hanya boleh diterbitkan bagi program yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sahaja.

MUAT TURUN

Panduan Membina Karya Asli

Karya asli (ilmiah/umum) adalah antara karya pengarangan yang diterbitkan bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran, memberi faedah kepada masyarakat, mencerminkan kepakaran staf, dan kecemerlangan serta menentukan kebitaraan universiti. Karya asli yang dikemukakan haruslah berasaskan penyelidikan dan kajian yang distruktur mengikut bentuk formal iaitu yang memaparkan gagasan yang baru, asli dan menghormati hak orang lain menerusi citation dan rujukan, diwasit serta mematuhi piawai penerbitan.

MUAT TURUN

Panduan Jurnal

Ulum Islamiyyah Journal (UIJ) is a refereed journal published by Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) annually in April, August and December. Its main objective is to promote, enhance and contribute to an inclusive understanding of Islam and Muslim in contemporary world. UIJ publishes original research based articles, concept papers, review papers, case studies, book reviews in English, Arabic and Malay, in the area of social science and humanities, science and technology, arts and literature, that relates directly or indirectly to Islam and Muslim world under the framework of integration of naqli and aqli knowledge.

MUAT TURUN

Panduan Penerbitan Buku Fakulti/PTJ

Jenis penerbitan yang ditakrifkan sebagai terbitan fakulti/PTJ ialah penerbitan yang dipantau dan mempunyai keterlibatan fakulti/PTJ dalam menyediakan bahan atau input tertentu. Bahan tersebut terdiri daripada bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan daripada seminar, bahan daripada jawatankuasa tertentu serta penerbitan buku umum yang berkaitan dengan fakulti/PTJ (Pusat Kebudayaan yang banyak terbitkan kumpulan puisi).

MUAT TURUN

Panduan Penerbitan Buku Hasil Penyelidikan

Buku penyelidikan mempunyai peranan yang sangat penting dalam dunia akademik khususnya dan penerbitan ilmiah amnya. Buku penyelidikan memainkan peranan utama dalam pengembangan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Hasil dari penyelidikan, akan terhasil penemuan baharu dan konsep-konsep inovasi. Melalui buku penyelidikan, hasil penyelidikan dapat diakses oleh orang ramai dan dapat memperluaskan impak penyelidikan tersebut seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat.

MUAT TURUN