Info Penerbit

Penerbit USIM Mempunyai
Matlamat Yang Jelas Untuk Menjadi
Penerbit Yang Cemerlang
Dalam Kebitaraan Ilmu
Naqli dan Aqli

Menerajui penerbitan terbilang dalam penerbitan buku ilmiah
di peringkat lokal dan global.

Latar Belakang

Penerbit USIM atau USIM PRESS merupakan penerbit universiti yang bergiat aktif dalam dunia penerbitan buku ilmiah. Memulakan sejarahnya pada 10 Febuari 2003 sebagai satu unit, kini sudah hampir 20 tahun Penerbit USIM berada dalam industri penerbitan perbukuan negara.   

Pelbagai genre penerbitan sudah ada dalam radar kami termasuk fokus utama penerbitan ilmiah sebaga korpus ilmu, tidak dikesampingkan juga penerbitan-penerbitan genre lain seperti penerbitan buku umum, buku teks/modul, fiksyen dan juga puisi.  Ragam penerbitan yang pelbagai ini merupakan modus operandi bagi memenuhi permintaan masyarakat dan sebagai rujukan ummah.  Dengan jumlah penerbitan yang meningkat setiap tahun, dan rakan kolaborasi pelbagai negara seperti Jordan, Jepun, Jerman, Australia dan sebagainya, ia muncul dalam pelbagai bentuk kerjasama bagi mewujudkan keberadaaan Penerbit USIM dalam persada perbukuan. 

Sehingga kini, jumlah penerbitan kami telah mencapai hampir 1000 tajuk buku dalam pelbagai bidang seperti  sains sosial, syariah dan undang-undang, perubatan, Quran & sunah serta sains dan teknologi.  Apa yang menarik, penerbitan buku di Penerbit USIM, merupakan integrasi antara ilmu Naqli dan Aqli. Lebih daripada itu, di bawah naungan bersama dan juga ahli MAPIM-Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia, Penerbit USIM juga bergiat aktif dalam pelbagai pameran di serata dunia termasuklah di Pesta Buku Frankfurt yang diadakan saban tahun.

  • Untuk meningkatkan penerbitan buku dan bahan terbitan  ilmiah dalam bahasa Melayu, B. Inggeris dan B. Arab  sama ada dari segi kualiti dan kuantiti.
  • Memartabatkan kecemerlangan  ilmu dalam bentuk penerbitan buku-buku ilmiah
  • Menjadikan Penerbit USIM sebagai Penerbit yang cemerlang dan disegani dalam penerbitan buku-buku ilmiah.
  • Menawarkan khidmat profesional penerbitan seperti penyuntingan, grafik, atur huruf dan juga mengurus penerbitan untuk warga USIM dan pelanggan  di luar USIM.
  • Beroperasi sebagai sebuah pusat tanggungjawab yang turut menjana pendapatan daripada penjualan buku dan produk lain.
  • Penerbit USIM mempunyai matlamat yang jelas untuk menjadi penerbit yang cemerlang dalam kebitaraan  ilmu aqli dan naqli.
  • Menerajui penerbitan terbilang dalam penerbitan buku ilmiah di peringkat lokal dan global.
  • Memartabatkan kecemerlangan ilmu dalam bidang penerbitan.
Dalam merealisasikan visi dan misi Penerbit USIM untuk menerajui penerbitan ilmiah berkualiti dalam integrasi ilmu Naqli dan Aqli serta pelbagai bidang lain, dan juga selaras dengan hasrat USIM untuk menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan yang berteraskan pengajian Islam dan menjadi peneraju ilmu baharu yang menggunakan teknologi terkini, bagi faedah negara, ummah dan manusia sejagat, maka kami berusaha untuk memenuhi hak-hak pelanggan seperti berikut:

Kepada Pelajar:

  • Menerbitkan bahan yang berkualiti kepada pelajar sebagai bahan rujukan untuk pembelajaran.
  • Menyediakan ruang kepada para mahasiswa untuk sama-sama menerbitkan buku-buku mengikut keperluan pembelajaran dan juga semasa.

Kepada Staf dan Penulis:

  • Menerbitkan buku-buku yang ditetapkan dalam tempoh enam bulan bergantung pada tahap penambahbaikan.
  • Menyediakan platform dan membuka ruang kepada pensyarah atau penulis untuk berkarya dan menerbitkan buku melalui Penerbit USIM.
  • Menyediakan latihan yang berkaitan untuk meningkatkan lagi mutu penulisan dan penerbitan buku, makalah dan terbitan yang lain.

Kepada Pemegang Taruh:

  • Menghasilkan dan menerbitkan bahan bacaan yang mampu menjadi sumber rujukan kepada masyarakat.
  • Menjadikan Penerbit USIM sebagai salah satu pusat rujukan penerbitan ilmiah yang dihormati dan disegani.

PENERBITAN BERMUTU

KEUTAMAAN KAMI

Hubungi Kami