Kata Aluan Ketua Penerbit

Tahun 2015, membuka lembaran dengan pelbagai sasaran yang harus diberikan tumpuan oleh Penerbit USIM.  Apabila tahun 2014 menutup tirai, warga penerbit berpuas hati, setelah bersingsing lengan, kita berupaya mencapai dan melonjakkan nama penerbit USIM di arena lokal dan gobal. Apabila hasrat USIM untuk mencapai USIM ‘16 dinyatakan, kita sudah memulakan langkah awal lagi untuk menunjukkan keupayaan kita di gelanggang. Bukan menunjuk pencak di gelanggang sendiri, malah pencak ditarikan dengan cara berhemah dan berlenggok bak kata pepatah kita berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian.

Di USIM, penerbitan merupakan salah satu bidang yang menjadi tumpuan tujahan utama.  Setiap bidang penerbitan membawa nama dan imej USIM dalam bidang keilmiahan yang tidak pernah berhenti. Dengan harapan misi dan visi untuk menobatkan cendiakawan Islam, ia terus diberikan perhatian untuk menggembalikan tujahan bidang penerbitan ilmu Islam, sains dan teknologi malah melalui integrasi kedua-duanya. Niche dan tujahan tersebut cuba diaplikasikan melalui beberapa penerbitan di USIM. Apabila lahirnya beberapa penerbitan, ia membuktikan bagaimana USIM berusaha untuk menerbitkan bahan-bahan yang mempunyai integrasi akli dan naqli.

Integrasi ini dapat dilihat melalui pelbagai genre yang ada.  Kekuatan para penulis pula  terdiri daripada kakitangan USIM yang pakar dalam pelbagai bidang dan dapat menghasilkan pautan integrasi tersebut. Malah imej yang dibawa oleh penerbit USIM juga berjaya menarik perhatan penulis-penulis luar untuk bernaung penerbitannya di bawah Penerbit USIM. Sejarah yang memulakan penerbit USIM pada tahun 2003, tidak terlalu lewat untuk terus mantap dan kukuh di persada dunia penerbitan. Staf penerbit lama dan baharu, terus berganding bahu dalam setiap ukhwah untuk menghasilkan yang terbaik.

Penerbitan Bermutu, Menjana Wacana Minda.

Sekian, salam penerbitan;

Ketua Penerbit USIM
Hariza Mohd Yusof
PENERBIT USIM, Universiti Sains Islam Malaysia,71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Tel: 06-798 8226/ 6081 | Fax: 06-798 6083
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Waktu Operasi Pejabat: Isnin - Jumaat : 8.00 pg - 5.00 ptg Waktu Rehat: Isnin - Khamis : 1.00 ptg - 2.00 ptg, Jumaat : 12.15 tgh - 2.45 ptg. SABTU, AHAD & CUTI UMUM - TUTUP