Logo Korporat

  • Motif logo korporat Penerbit USIM diambil sempena logo korporat USIM melalui sebuah kubah beserta dengan lima bintang atau “Arabes”.
  • Tulisan ‘Penerbit’ dibentukkan dengan tulisan menggunakan pena khat menunjukkan misi Penerbit USIM iaitu menjadi penerbit yang cemerlang
    dalam kebitaraan ilmu aqli dan naqli.
  • Simbol pena bulu ayam melambangkan objektif Penerbit USIM iaitu memartabatkan kecemerlangan ilmu dalam bentuk penerbitan buku-
    buku ilmiah.
  • USIM PRESS adalah imprint nama Penerbit USIM dalam bahasa Inggeris.
  • Garisan menegak menjelaskan USIM dan Penerbit USIM saling menyokong dalam penerbitan karya-karya ilmiah.
  • Terdapat 3 warna dalam logo ini iaitu; biru, putih, dan kelabu. Biru melambangkan Penerbit USIM menjadi asas kepercayaan dan rujukan penerbitan sesuatu bahan bacaan. Warna putih melambangkan Penerbit USIM sentiasa mengamalkan budaya kerja yang bersih dan cermat. Warna kelabu melambangkan kebersediaan Penerbit USIM dalam bidang penerbitan.
  • Secara keseluruhan logo ini menunjukkan Penerbit USIM sebagai sebuah institusi penerbitan Islam yang membawa bersama dasar-dasar Islam dalam menyampaikan ilmu kepada pembaca-pembacanya.
Hanya 2 pilihan daripada logo dibenarkan untuk digunakan. Selain daripada ini adalah dilarang sama sekali.
Untuk memuat turun logo, klik di sini