Cetak

Soalan Lazim

Siapa BP? / What is BP?

BP = Singkatan bagi Bahagian Penerbitan

  • Sebelum 2003: di bawah Perpustakaan
  • Selepas 2003: distrukturkan di bawah Jab. Canselori
  • Pertengahan 2006- Feb 2010: di bawah PPITM
  • Feb-2010 : di bawah Penyelidikan dan Inovasi
  • 2011- menjadi PTJ tersendiri di bawah pemantauan Dekan P&I.

Menggunakan nama PENERBIT USIM sebagai logo dan imej untuk sebarang terbitan USIM dan bertanggungjawab terhadap semua urusan penerbitan buku di USIM.

__________________________________________________________________________________

BP = An acronym for Bahagian Penerbitan (Publication Department)

  • Before 2003: Structured under USIM Library
  • After 2003: Transferred and structured under the Chancellery Department
  • Mid 2006 – February 2010: Structured under Information Technology Centre (PPITM)
  • February 2011: Transferred under Research and Innovation
  • 2011:  operate as a centre responsible under the supervision of the Dean of Research and Innovation

Using the name ‘Penerbit USIM’ as our logo and image in any material published by USIM and we are responsible on all publication published by USIM.

Bagaimana Saya Mahu Menerbitkan Buku di BP / How can I publish my book at BP?

BP sememangnya mengalu-alukan kehadiran penulis yang berminat untuk menerbitkan karyanya di Penerbit USIM. Penulis hendaklah menyerahkan DUA (2) manuskrip dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) dan SATU (1) salinan tidak bercetak (soft copy) melalui CD / disket / e-mel berserta borang doket manuskrip yang dimuat turun dari laman web Penerbit USIM.

__________________________________________________________________________________

We welcome any writer who is interested to publish their works/writings in USIM Publisher. The writer needs to submit TWO (2) manuscripts – hard copy and ONE (1) manuscript – soft copy using CD / diskette / e-mail along with the manuscript docket form that need to be downloaded from USIM Publisher’s website.

Siapa editor yang perlu dihubungi? / Who are the editors that need to be contacted?

Sila hubungi editor mengikut kluster bahasa  anda seperti berikut:

Bahasa Arab / Jurnal   Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris
Khairunnajwa binti Mohd Tahet
emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Ext: 06-798 8044
  Noor Adibah binti Mohamad,
emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Ext: 06-798 6066
__________________________________________________________________________________

Please contact the following editors according to your clustered language:

Arabic Language / Journal   Malay / English Language
Khairunnajwa binti Mohd Tahet
emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Ext: 06-798 8044
  Noor Adibah binti Mohamad,
emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Ext: 06-798 6066

Bagaimana saya mahu mendapatkan khidmat nasihat berkenaan penerbitan dan maklumat industri bagi buku ilmiah? / How can I get an advisory service about the publication and the industrial information on scholarly book?

Kami mengesyorkan supaya anda melayari www.1mapim.my. Pengunjung berpeluang mendapat maklumat berkenaan potensi industri buku, bengkel penulisan, berita semasa, dan memberikan pendapat dan ulasan anda.

__________________________________________________________________________________

We would like to suggest you to browse www.1mapim.my. Visitors can get information on the potential in book industry and the current news. You can also give your opinion and commentary.

Berapakah royalti yang diberi BP? / How much royalty will an author earn from BP?

Pembayaran royalti kepada  seseorang pengarang hanya  dibuat setelah karya diterbitkan. Bagi karya asli pembayaran royalti dibuat menerusi bentuk peratusan berdasarkan jumlah percetakan/jumlah yang terjual buku selepas mengambil kira stok lapuk, naskhah penghargaan dan berdasarkan harga kos (rujuk jadual  pembayaran).

Jenis terbitan   Jenis pembayaran   Kadar
Semua karya asli (termasuk buku umum, ilmiah, fiksyen, monograf dan juga buku teks serta modul)       Bayaran royalti        60% x (harga jualan-semua kos) bagi setiap cetakan
Penyelenggara/Penyunting/ Penyusun himpunan artikel   Pembahagian royalti akan dibayar dan dibahagikan antara penulis artikel dalam buku & penyelenggara atau penyusun.   Sekali bayar 60% (pengiraan sama seperti di atas) (dengan pembahagian 75% untuk  penulis, 25% untuk penyusun / editor)
Penerbitan prosiding, buku cetakan terhad (termasuk cetakan POD), dan buku yang diterbitkan di bawah sesuatu jawatankuasa, tidak akan dibayar.   Tiada royalti   -  Tidak berkaitan -

__________________________________________________________________________________

Royalty will be given to the author/writer once their book has been published. For the original work, royalty payment will be done by the percentage of the sold books after considering the outdated stocks (exceeding 5 years), manuscript of appreciation and pricing (refer payment table).

Apakah cara BP mencari manuskrip? / How does BP find the manuscripts?

Manuskrip dicari melalui dua cara iaitu solicited dan unsolicitedSolicited adalah manuskrip yang dirancang penerbit dan editor akan mencari penulis yang sesuai.

Manakala unsolicited pula adalah cadangan baru atau manuskrip daripada penulis. Pihak editor akan menilai cadangan itu sesuai dengan misi penerbitan dan pasaran pembaca.

__________________________________________________________________________________

Manuscripts were found in two ways that are solicited and unsolicited. Solicited is a manuscript planned by the publisher and the editor will find a suitable writer for the planned manuscript.

Unsolicited is a newly suggest manuscript or a manuscript obtained from a writer. Editor will evaluate the suggestion whether it is suitable with the publisher’s mission and the reader’s market.

Apakah syarat-syarat bagi manuskrip diterbitkan? / What are the terms and conditions to publish a manuscript?

Karya tuan akan dinilai terlebih dahulu. Aspek penilaian adalah daripada segi kandungan, gaya bahasa, dan tidak ketinggalan potensi jualan dan sasaran pembaca. Semua karya yang ingin diterbitkan juga perlu memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran, memberi faedah kepada masyarakat, mencerminkan kepakaran staf, dan kecemerlangan serta kebitaraan universiti.

__________________________________________________________________________________

First and foremost, your work will be evaluated. The evaluation aspects a manuscript are the content, style of language, sale potential and target readers. All works that will be published have to fulfill the teaching and learning needs, beneficial to the society, reflecting the staff professionalism and the university excellence and niche area.

Saya penjual buku. Bolehkah saya dapatkan buku BP dari Pengedar? / I am a book dealer. Can I get the books from the distributor?

Pesanan turut dapat dilakukan kepada pengedar-pengedar utama BP di seluruh negara. Untuk mendapatkan senarai penuh pengedar buku yang berurusan dengan kami boleh klik di sini.

__________________________________________________________________________________

You can make order with the main Publication Division’s distributors from all over Malaysia. To get the full list of the book distributors that are associating with us, click here.

Saya pembaca buku. Dari mana saya boleh dapatkan buku-buku terbitan USIM? / I am a reader. Where can I buy books from USIM Publication?

Anda boleh berkunjung ke Kedai Buku kami yang beroperasi seperti berikut;

Isnin - Jumaat = 8.30 am - 4.30 pm
(waktu rehat Isnin - Khamis jam 1.00 pm - 2.00 pm dan Jumaat jam 12.00 pm - 3.00 pm)

Pembeli juga adalah digalakkan membuat tempahan buku secara online dengan melayari myBookstore kami. Buku yang dipesan akan diposkan selepas semua syarat-syarat dipenuhi.

Pembelian secara online juga boleh dilakukan melalui wakil kami dengan melayari laman web berikut;

www.books-online.my
www.bukumalaysia.com
www.ekedai.net
www.kedai-buku.com
www.mybooks.com
__________________________________________________________________________________

You can directly come to our Bookstore:

Monday – Friday = 8.30 am – 4.30 pm
(We are close during lunch hour: Monday – Thursday 1.00 pm – 2.00 pm and Friday 12.00 pm – 3 pm)

Buyers are also encouraged to make orders online at our mybookstore.usim.edu.my. The ordered books will be delivered once the rules are followed.

Online order can also be made through our representatives from the following websites:

www.books-online.my
http://www.bukumalaysia.com
www.ekedai.net
www.kedai-buku.com
www.mybooks.com

Saya pembaca buku. Bagaimana saya boleh mendapat diskaun? / I am a reader. How can I get discounts for the books?

Diskaun 15% akan diberikan kepada pembeli yang mengunjungi Kedai Buku BP. Kebiasaannya BP akan memberikan diskaun sehingga 20% setiap kali mengadakan pameran atau jualan buku di dalam atau di luar USIM. (boleh rujuk di dalam kalendar Penerbit USIM untuk mendapatkan jadual pameran buku akan datang). BP juga ada membuat jualan gudang (warehouse sale) yang biasanya memberikan diskaun sehingga 70% untuk pelbagai jenis buku. Selain daripada kedai buku, anda juga boleh pergi ke pesta buku yang berlangsung di peringkat nasional dan negeri sepanjang tahun. Rujuk ke laman http://www.klibf.com untuk maklumat pesta buku.

__________________________________________________________________________________

15% discounts will be given to those who buy books directly from our bookstore. Usually, we give until 20% discounts in every exhibition or book festival held in or outside USIM. (You can refer to the calendar in our website for any update of our current event). We also do warehouse sale that give until 70% discounts on varieties of books published by USIM Publisher. Other than purchasing books at our bookstore, you can buy books published by USIM Publisher at any current book festival held nationally or in the state level. Please refer http://klibf.com for further information on book festival.

Saya pembaca buku. Kedai buku berhampiran maklumkan yang mereka sudah kehabisan stok? / I am a reader. The nearest bookstore informed that they are out of stock.

Sebagai alternatif, anda boleh pesan secara pos dari kedai buku online kami. Borang pesanan boleh dimuat turun di laman web Penerbit USIM. Kos penghantaran sebanyak RM5.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM8.00 bagi Sabah/Sarawak dikenakan bagi setiap naskhah. Tempoh penghantaran adalah 7 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia dan 14 hari bekerja bagi Sabah & Sarawak.

__________________________________________________________________________________

As an alternative, you can post your order from our online bookstore. Order form can be downloaded from USIM Publisher website. Delivery fee of RM 5.00 in Peninsular Malaysia and RM 8.00 in Sabah/Sarawak will be charged for every book delivered. The delivery period is 7 working days in Peninsular Malaysia and 14 working days in Sabah/Sarawak.

Saya penjual buku. Saya berminat untuk mengedar buku BP. Apakah syarat-syaratnya? / I am a book dealer. I am interested to sell BP’s books. What are the terms and conditions?

Anda mesti mempunyai lesen perniagaan dan sudah menjual buku sebelum dapat menjadi pengedar kami. Anda boleh berhubung terus dengan Seksyen Pemasaran BP untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai terma dan syarat sebagai pengedar buku.

Mohd Nadzir Abd Manaf,
emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Ext: 06-798 8046
Faks: 06-798 6083
@ Mohd Faiz Hamzah,
emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Ext: 06-798 6074
Faks: 06-798 6083

Penghantaran pesanan hanya akan dilakukan apabila pembayaran proforma invois sudah dilakukan. Sila fax/emel resit pembayaran atau slip bank-in kepada kami sebagai rujukan.

__________________________________________________________________________________

You have to own a business license and have experience in selling books to be our dealer. You can directly contact Publication Division Marketing Section for further information on the terms and conditions to be our dealer.

Mohd Nadzir Abd Manaf,
emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Ext: 06-798 8046
Faks: 06-798 6083
@ Mohd Faiz Hamzah,
emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Ext: 06-798 6074
Faks: 06-798 6083

Delivery will only be done after the payment of proforma invoice has been made. Please fax/email the receipt of the payment or the bank-in slip to the Publication Division as our reference.

Saya beli buku yang rosak. Bagaimana saya mahu menggantikan dengan yang baru? / I bought damaged book(s). How can I replace with a new one?

Pertama sekali, kami memohon maaf kerana naskah yang anda beli itu rosak. Kami sentiasa memastikan yang kualiti percetakan kami adalah tinggi dan sempurna. Walaupun begitu, kami tetap mengalami masalah dalam proses cetakan dari masa ke semasa, dalam kuantiti yang minimal.

Polisi kami adalah menggantikan satu kepada satu (one to one) bagi buku yang rosak daripada segi cetakan.

Sekiranya andamengalami masalah demikian anda boleh datang sendiri ke Kedai Buku BP atau mengeposkan buku tersebut ke;

PENERBIT USIM
Universiti Sains Islam Malaysia,
71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
Tel: 06-798 8046/6074
Faks: 06-798 6083

Sila kemukakan bukti resit dan buku asal dan nyatakan sekali nama penuh, alamat dan nombor telefon anda. Sila juga nyatakan dari mana naskhah anda dibeli, ini akan membantu kami bagi mengesan kesilapan yang berlaku di kedai buku.

__________________________________________________________________________________

First and foremost, we would like to apologize if the book you bought was damaged. We always ensure that our printing quality is at the best and close to perfection. Nevertheless, from time to time we still face problems with the book printing process. Our policy is that we will replace one to one of the damaged book because of the printing problem.

If you are having the same problem, you can come directly at our bookstore or mail the book to:

PENERBIT USIM
Universiti Sains Islam Malaysia,
71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
Tel: 06-798 8046/6074
Faks: 06-798 6083

Please show your receipt as a proof of the payment and include together your full name, address and phone number. Also, you need to mention from where did you bought the damaged book(s), so we can detect the problem that might occurred at the bookstore.

Saya pelajar, mencari latihan industri dalam bidang penerbitan, adakah pihak BP menawarkannya? / I am a student looking for a place in the Publication Division to undergo my Industrial Training, is BP open for trainee?

Ya, kami menawarkan latihan industri bagi pelajar-pelajar yang mahu mengetahui bidang penerbitan dan industri buku. Sekiranya anda meminat sila hubungi Bahagian Modal Insan, Jabatan Pendaftar USIM atau layari laman web pendaftar.usim.edu.my

__________________________________________________________________________________

Yes, we do offer for any student who wanted to undergo their Industrial Training at Publication Division. We mostly welcome student who wants to earn knowledge on the field of publication and the book industry. For those who is interested, you may contact the Human Resource Division, USIM Registration Department or go to pendaftar.usim.edu.my

PENERBIT USIM, Universiti Sains Islam Malaysia,71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Tel: 06-798 8226/ 6081 | Fax: 06-798 6083
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Waktu Operasi Pejabat: Isnin - Jumaat : 8.00 pg - 5.00 ptg Waktu Rehat: Isnin - Khamis : 1.00 ptg - 2.00 ptg, Jumaat : 12.15 tgh - 2.45 ptg. SABTU, AHAD & CUTI UMUM - TUTUP