Penerbitan Buku
OLEH PENGARANG LUAR
Penerbit USIM merupakan anggota Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA). Penerbitan buku di USIM terbuka kepada semua pihak termasuk pengarang daripada luar USIM. Pengarang luar yang berminat menerbitkan karya dengan Penerbit USIM akan dikenakan caj bayaran dan boleh memilih pakej penerbitan yang disediakan.
Permohonan penerbitan buku boleh dibuat melalui penghantaran manuskrip lengkap dan Doket Manuskrip (muat turun dari laman web penerbit) ke e-mel penerbit@usim.edu.my