Benarkah waswas yang melampau dikaitkan dengan obsessive-compulsive disorder (OCD) iaitu salah satu jenis penyakit mental?
Waswas merupakan satu perkataan yang unik. Perkataan waswas berulang kali disebut dalam surah al-Nas. Menariknya, waswas turut dikaitkan dengan obsessive-compulsive disorder (OCD) iaitu salah satu jenis penyakit mental.
Istilah waswas juga digunakan dalam bidang psikiatri moden yang berkaitan dengan tema keagamaan dan kepercayaan beragama bagi OCD seperti perbuatan berulang kali dalam berwuduk, terlalu menekankan pembacaan al-Fatihah ketika solat, mengangkat takbir berulang kali dan perbuatan lain lagi. Bagi memberikan penjelasan dan kefahaman kepada pembaca mengenai waswas, buku ini menghimpunkan rujukan daripada pelbagai kitab tafsir dan syarah hadis berserta pandangan sarjana Muslim dan psikiatri moden. Hasilnya, kefahaman secara khusus bagi waswas dan OCD dapat dileraikan secara komprehensif dalam mencambahkan edisi penulisan integrasi berbentuk naqli dan aqli dalam kesihatan mental kepada masyarakat awam.
Kandungan
- Prakata
- Pendahuluan
- BAB 1: WASWAS DALAM PERSPEKTIF SARJANA MUSLIM
- Pengenalan
- Jenis Waswas Menurut Sarjana Muslim
- Waswas dengan Perkataan Lain Menurut Perbincangan Sarjana Muslim
- BAB 2: PERBAHASAN WASWAS DALAM AL-QURAN DAN HADIS NABAWIYYAH
- Pengenalan
- Waswas dalam al-Quran
- Waswas dalam Hadis
- BAB 3: OBSESSIVE-COMPULSIVE DISORDER (OCD) DALAM PERSPEKTIF PSIKIATRI MODEN
- Pengenalan
- Pembahagian dan Karakteristik OCD
- Penyebab OCD
- BAB 4: HUBUNGAN WASWAS DAN OBSESSIVE-COMPULSIVE DISORDER (OCD) MENERUSI PERBINCANGAN AL-QURAN, HADIS DAN PSIKIATRI
- Pengenalan Waswas dan OCD Berasaskan Aspek Pengertian
- Waswas dan OCD dari Aspek Obsesif
- Waswas dan OCD dari Aspek Perbuatan Kompulsif
- Waswas dan OCD dari Sudut Penyebab
- Penutup
- Bibliografi
- Biodata
- Indeks
3 sebab kenapa anda perlu pratempah buku ini…
Terma dan syarat
- Pratempah bermula 14 Mac 2023 dan berakhir 14 April 2023
- Medium pratempah boleh dibuat melalui salah satu berikut:
- mybookstore: http://mybookstore.usim.edu.my/
- shopee Penerbit USIM
- WhatsApp: +6012-976 6549
- Pembeli yang selesai membuat pembayaran dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat dan tidak boleh membatalkan pesanan
- Harga promosi tidak termasuk caj penghantaran
- Buku akan mula dipos kepada pembeli dalam tempoh 14 hari selepas tarikh tutup pratempah
