Background Image
Previous Page  11 / 28 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 11 / 28 Next Page
Page Background

B u l e t i n P e n y e l i d i k a n d a n I n o v a s i U S I M

1 1

Pelbagai pendekatan yang digunakan

membantu mereka yang terlibat dengan

penagihan dadah untuk memulihkan

diri mereka. Antara pendekatan yang

digunakan ialah pendekatan kaunseling

dengan menggunakan teori tingkah

laku kognitif. Pendekatan ini dapat

membantu pesakit yang terlibat dengan

penyalahgunaan dadah dengan mengajar

mereka untuk mengubah tingkah laku

dan mengenal pasti pemikiran yang

membinasakan. Seorang kaunselor yang

menggunakan pendekatan teori tingkah

laku kognitif ini juga dapat membantu

pesakit untuk mengenal pasti apa yang

menjadi pencetus/pemacu

(triggers)

mereka kepada gian najis dadah.

Kaunselor ini juga akan membantu

bagaimana untuk memguruskan atau

mengelakan pencetus/pemacu kepada

gian najis dadah.

Teori Tingkah Laku Kognitif

Terapi Tingkah Laku Kognitif merupakan

gabungan beberapa teori iaitu Terapi

Tingkah Laku, Terapi Kognitif, Terapi

Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT)

dan Reality, (Capuzzi & Gross 2003,

Gladding, 2004). Pada umumnya, teori-

teori ini berbeza tetapi terdapat beberapa

persamaan dalam penggunaan teori-teori

ini kerana kesemuanya mengutamakan

kognitif dan tingkah laku. Rachman (1997)

menjelaskan bahawa Terapi Tingkah Laku

Kognitif dihasilkan dan dibangunkan

melalui gabungan Terapi Tingkah Laku

dan Terapi Kognitif. Walaupun berasal

daripada teori-teori yang berbeza, namun

terdapat persamaan antara teori terapi

ini, iaitu penekanan kepada “di sini dan

sekarang”

(here and now)

dan juga teknik

mengurangkan simptom-simptom.

Terapi Tingkah Laku Kognitif yang

diperkenalkan oleh Aeron Beck dan

Meichenbaum, memberikan perhatian

kepada aspek kognitif, saintifik, sistematik

dan logik dalam proses intervensinya

(James & Gilliland 2003; Nelson-Jones

2005). Terapi ini membantu klien dalam

pembentukan tingkah laku dengan

menerapkan teknik-teknik perubahan

dan pengekalan tingkah laku yang baru

dipelajari. Mengenal pasti pemikiran

negatif (automatic thought) yang sentiasa

menguasai diri dan mengubah pemikiran

serta mempelajari tingkah laku yang

berkesan adalah merupakan kaedah yang

sangat sesuai digunakan untuk kejadian

buli ini.

Cooper (2008) menyatakan Terapi

Tingkah Laku Kognitif telah diaplikasikan

di persekitaran klinikal dan bukan klinikal

dan juga berjaya diaplikasikan untuk

merawat kecelaruan klinikal, kecelaruan

personaliti dan masalah tingkah laku.

British Association for Behavioural

and Cognitive Psychotherapy (2005)

menerangkan bahawa pendekatan Terapi

Tingkah Laku Kognitif bermatlamat

menyelesaikan

masalah

yang

membabitkan ketidakfungsian emosi,

tingkah laku dan kognitif melalui orientasi

matlamat dan prosedur yang sistematik.

Terapi ini berasaskan penggabungan

kajian terhadap tingkah laku dan kognitif.

Prinsip-Prinsip Terapi Tingkah Laku

Kognitif

Ruang lingkup Terapi Tingkah Laku

Kognitif (CBT) adalah luas dengan teknik-

teknik rawatan yang pelbagai. Prinsip-

prinsip Terapi Tingkah Laku Kognitif

yang telah diperkenalkan dengan meluas

termasuklah dengan amalan-amalan

klinikal. Menurut Hawton, Salkovskis &

Kirk (1989), terdapat bukti-bukti yang

menunjukkan keberkesanan penggunaan

Terapi Tingkah Laku Kognitif dalam

menangani masalah psikologi. Menurut

Abdul Malek (2004), Pendekatan Terapi

Tingkah laku Kognitif adalah berdasarkan

kepada andaian-andaian berikut: