B u l e t i n P e n y e l i d i k a n d a n I n o v a s i U S I M
9
adalah salah satu langkah strategik
untuk melonjakkan HICoE yang
telah dinobatkan untuk menjadi
peneraju dalam bidang nic masing-
masing ke peringkat kebangsaan dan
seterusnya dipupuk dan dilonjakkan
ke arah mencapai taraf antarabangsa.
ACREDA akan sentiasa berdaya saing
dalam pelbagai bidang penyelidikan,
kepakaran
dan
perkhidmatan
di peringkat kebangsaan serta
antarabangsa. Menyasarkan untuk
menjadi sebuah Hi-CoE dengan
memberi tumpuan kepada teras
perkhidmatan; aktiviti utama pusat ini
ialah menjalankan penyelidikan untuk
meningkatkan perkhidmatan dan
perundingan kepada masyarakat dan
industri. 70 peratus daripada aktiviti-
aktiviti akan menumpukan kepada
bidang perkhidmatan, manakala 30
peratus lagi terdiri daripada kerja-
kerja penyelidikan dan pengajaran.
ACREDA juga berhasrat untuk
membantu dalam meningkatkan
sumbangan
dalam
pencapaian
Malaysian Research Assessment
Instrument (MyRA) di USIM dengan
fokus
kepada
kecemerlangan
penyelidikan dan juga modal insan
yang berkualiti yang akan memberi
impak kepada negara dan masyarakat.
Selain itu, ACREDA berharap dapat
meningkatkan kualiti penawaran
program
akademik
dengan
menawarkan
Program
SPADA
secara terbuka kepada semua calon.
ACREDA juga berharap akan dapat
menawarkan program Master dan
Doktor Falsafah secara penyelidikan
sepenuhnya.