I
B i l 5
I
J u n e 2 0 1 6
1 2
Pemikiran, imej, persepsi dan peristiwa
memberi kesan dan rangsangan kepada
pemikiran (kognitif), tingkah laku
dan juga emosi seseorang. Tumpuan
secara sistematik dan berstruktur yang
merangsangkan kognitif, merupakan cara
yang sistematik dalam memberi kesan
kepada emosi dan tingkah laku seseorang.
Manusia ialah pelajar yang aktif dan belajar
dari persekitarannya dan boleh mencipta
persekitaran pembelajarannya sendiri.
Pengalaman pembelajaran seseorang
boleh juga menyebabkan ketidakfungsian
kognitif. Tujuan utama intervensi
merangkumi kepada memberi peluang
pembelajaran untuk mengatasi ketidak
fungsian kognitif yang boleh memberi
kesan yang positif terhadap seseorang
dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Klien kepada pengamal terapi berbincang
dan menentukan matlamat intervensi
bersama
Prinsip Dan Ciri-Ciri Terapi Tingkah
Laku Kognitif
Mansel & Taylor (2012) menyatakan
bahawa prinsip Terapi Tingkah Laku
Kognitif ialah seperti:
Perhubungan kolaboratif
Ahli terapi dan klien bekerjasama
untuk memahami masalah klien dan
melaksanakan proses dalam usaha untuk
pemulihan. Pendekatan ini jua boleh
diklasifikasikan sebagai
guided discovery.
Kedua–dua pihak membawa maklumat
masing-masing iaitu klien membawa
pengalaman dan pandangannya manakala
ahli terapi membawa kemahiran terapeutik
dan pendekatan yang saintifik ke dalam
sesi intervensi.
Menumpukan Pada Isu Semasa
Ahli Terapi Tingkah Laku Kognitif
akan bekerjasama dengan klien dalam
menumpukan isu semasa klien dan
dalam masa yang sama memahami
peristiwa lalu klien yang membentuk
kepercayaan, tingkah laku dan pemikiran
klien sekarang. Perkara ini penting supaya
ahli terapi mengetahui teknik apa yang
perlu digunakan semasa bekerjasama
dengan klien. Memahami peristiwa yang
lepas klien juga dapat membantu ahli
terapi mengenal pasti apa yang difikirkan
oleh klien
(automatic thoughts)
semasa
sesuatu kejadian dihadapi oleh klien.
Emparisma
Kepercayaan yang ada pada diri
dikukuhkan dengan bukti yang diterima
oleh diri selama ini. Terapi Tingkah Laku
Kognitif menggunakan kaedah empirikal
dalam menguji kepercayaan yang ada
dalam diri dan ia boleh dilakukan oleh diri
klien sendiri. Klien juga boleh menguji
pemikiran mereka setelah menguji
kepercayaan mereka terhadap sesuatu
kejadian. Perkara ini akan dibantu oleh
ahli terapi semasa menjalani sesi menguji
pemikiran baru.
Merasionalisma
Rasionalisma merujuk kepada situasi
perasaan seseorang bermula daripada
pemikirannya iaitu apa sahaja yang
dipercayai betul, sama ada ia benar atau
tidak dari segi faktanya. Kesannya adalah
bergantung pada kepercayaan tersebut.
Sebagai contoh, dalam Terapi Tingkah
laku Kognitif, mereka yang menghadapi
masalah kecelaruan atau kecemasan
(anxiety)
akan dibantu dengan memahami
bahawa apa yang mereka percaya, itulah
yang menimbulkan rasa kecemasan
dan ini membawa kepada kesan fizikal
seperti peningkatan tekanan degupan
jantung boleh membawa kepada serangan
kecemasan
(panic attack).
Terapi Tingkah
Laku Kognitif mengajar klien melalui
beberapa teknik untuk menghentikan
pemikiran tersebut.