Background Image
Previous Page  4-5 / 48 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 4-5 / 48 Next Page
Page Background

Terbitan Bahasa Melayu | 5

Bahasa Melayu

|

Malay

978-967-440-122-1 | Zahari Mahad Musa, Mushaddad Hasbullah

Hukum faraid merupakan undang-undang pusaka yang komprehensif, sempurna dan bersifat adil dalam

pengurusan harta keluarga dalam Islam. Undang-undang ini mempunyai dasar yang jelas kerana ia

merupakan ketetapan Allah SWT yang lebih mengetahui segala-galanya. Buku ini merupakan usaha untuk

menerangkan faraid sebagai salah satu medium pengurusan harta pusaka dalam Islam. Paparan utama

dalam buku ini menyentuh pengenalan faraid serta perincian komponen penting melalui pembahagian

dan pengiraan harta pusaka melalui faraid. Buku ini ditulis bagi menjadi bacaan umum untuk mengetahui

kepentingan, pembahagian dan pengiraan harta pusaka yang diselesaikan melalui faraid.

FARAID PEMBAHAGIAN PUSAKA DALAM ISLAM | RM26.00

2015

978-967-440-107-8 | Sapora Sipon

Buku ini membincangkan teori-teori yang terdapat dalam perkembangan kerjaya seperti Teori Tret

dan Faktor, Teori Personaliti dan Persekitaran Holland, Teori Super serta Teori Ginzberg. Berdasarkan

teori kerjaya yang dibincangkan dalam buku ini, pembaca dapat mengaplikasikan teori perkembangan

kerjaya dalam sesi kaunseling. Selain itu, beberapa iventori kerjaya turut dimuatkan dalam buku ini bagi

memudahkan pembaca mengetahui minat dan sikap terhadap sesuatu kerjaya. Kronologi perkembangan

kerjaya juga disusun mengikut tempoh tertentu bagi memudahkan pembaca memahaminya. Buku ini

amat sesuai dimiliki oleh pelajar yang mengikuti bidang kaunseling selain masyarakat umum yang ingin

mengetahui mengenai perkembangan kerjaya.

APLIKASI TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA | RM30.00

2015

978-967-440-132-0 | Salhah Abdullah

Buku ini berkongsi kefahaman tentang konsep “harga diri” daripada sudut falsafah Islam dan Barat

menggunakan pengalaman benar dan kajian ilmiah dalam bentuk gaya bahasa yang mudah difahami.

Perkara yang paling berharga yang ingin dikongsi oleh penulis adalah mendekatkan pembaca untuk

menyelami kefahaman remaja tentang nilai harga diri tanpa mengabaikannya daripada pelbagai perspektif

(pendidik dan ahli psikologi kaunseling). Sebanyak 20 resipi membina harga diri dimuatkan sebagai

panduan oleh semua golongan khususnya remaja yang sering berhadapan dengan dilema hilang harga diri.

Sesiapa sahaja pasti mendapat manfaat apabila membaca buku ini kerana keunikan yang menggabungkan

isu-isu yang berat tentang keruntukan akhlak lantaran kurang kefahaman tentang nilai akhlak dan moral

yang mendasari nilai harga diri.

PANDUAN HARGA DIRI | RM28.00

2015

b.

Division of a topic into subtopics exceeding five (5) layers is not encouraged.

Categorization of subtopics should follow the norms and guidelines in the use

of certain characters and symbols, such as:

i.

FIRST SUBTOPIC: Capital letters (in bold);

ii.

Second Subtopic: A combination of capital and small letters (in bold);

iii.

Third Subtopic: A combination of capital and small letters (in bold and

italics);

iv.

Forth Subtopic: A combination of capital and small letters (medium);

v.

Fifth Subtopic: A combination of capital and small letters (in italics).

WORK FLOW

4.0 SUBMISSION OF MANUSCRIPTS

4.1 Manuscripts submitted to USIM

Publisher must be complete and in

the original printed form.

4.2 Manuscripts must be submitted in a

string-tied envelope and should not

be folded or rolled in any way that

can affect the evaluation process.

Suitable binding for the manuscript

will be provided by USIM Publisher.

4.3 Manuscripts sent to USIM Publisher

must represent the final stage of

writing and not in the form of a

preliminary draft that is subject to

amendments.

4.4 All

illustrations

including

photographs, figures, charts, graphs,

maps and drawings should be in

black and white (except in certain

cases) and can be incorporated

in the text or attached separately.

Illustrations attached separately

from the text must be titled and

numbered at its back page. The

title number stated must correspond

to the illustrations mentioned and

alluded to in the text.

5.

ROYALTIES

Each book and module published by USIM

Publisher is eligible for royalties, amount

of which is as stipulated by the Committee

of Publication at the University level.

For any inquiry or further information,

please contact us as follows:

Email:

info.penerbit@usim.edu.my;

or

Phone: 06-798 8226/6081

Website:

http://penerbit.usim.edu.my

978-967-440-133-7 | Azman Ab Rahman, Zulkifli Mohamad Al-Bakri Mohammad Naqib Hamdan

Buku Fiqh Ibadat Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan siri kedua daripada Koleksi Fiqh OKU yang

memfokuskan kepada pelaksanaan ibadat bagi OKU. Buku ini membincangkan secara komprehensif

tentang pelaksanaan ibadat solat, puasa, zakat dan haji bagi golongan OKU serta permasalahan-

permasalahan berkaitan dengan ibadat tersebut. Keringanan-keringanan yang diberikan oleh syarak

kepada golongan OKU dalammelaksanakan ibadat-ibadat tersebut turut dibincangkan dengan kemas dan

terperinci memandangkan kondisi dan keupayaan ini berbeza dengan orang yang normal. Buku ini turut

mempersembahkan bagaimana Islam menyantuni dan mengambil berat golongan OKU. Diharapkan hasil

kajian daripada buku ini dapat memberikan kefahaman yang jelas tentang pelaksanaan ibadat bagi OKU

dan permasalahan berkaitan dengannya sekaligus dapat membantu mereka menunaikan tanggungjawab

mereka selaku mukallaf serta membantu masyarakat secara amnya dalam memahami pelaksanaan ibadat

bagi OKU. Nantikan siri-siri seterusnya yang akan membincangkan topik Fiqh Munakahat OKU dan Fiqh

Muamalat OKU termasuk dalam bentuk braille dan pelbagai bahasa.

Fiqh Ibadat Orang Kelainan Upaya (OKU)

2015