Al-Mizan: Konsep, Prinsip dan Aplikasinya bagi  Kelestarian Ummah  

Penyunting: Azman Ab Rahman & Mahazan Abd. Mutalib 

Pengulas: Siti Noor Hidayah Kamaruddin 

______________________________ 

 Al-Mizan secara ringkasnya bermaksud timbangan yang Allah tegakkan pada hari Kiamat, untuk menimbang amalan manusia. Namun, menerusi buku ini maksud Al-Mizan dijelaskan secara umum dan buku ini mempunyai beberapa bab yang dibahagikan kepada dua bahagian bagi memudahkan proses rujukan kepada para pembaca.  

Bahagian satu yang merangkumi bab satu hingga bab lima membincangkan maksud Al-Mizan dari sudut al-Quran, hadis dan penerangan dalil-dalil Allah melalui pelbagai kitab sahih sebagai asas penting buat pembaca. Melalui lima bab pertama ini, pembaca akan memahami dengan lebih mendalam tentang maksud Al-Mizan yang sebenar bagi mengimbangi kelestarian kehidupan sebagai hamba di muka bumi Allah.  

Antara isi penting yang diketengahkan dalam bahagian satu adalah sikap berlaku adil dalam setiap timbangan yang dilakukan terutamanya dalam urusan jual beli. Konsep Al-Mizan perlu dipraktikkan dalam segenap aspek kehidupan khususnya dalam kalangan masyarakat Islam tanpa sebarang pengecualian. Hal ini kerana; segala perlakuan, keputusan dan tindakan manusia akan ditimbang pada hari Kiamat kelak. Justeru, setiap manusia seharusnya mengambil iktibar daripada ayat-ayat al-Quran serta berpaksikan kepada konsep Al-Mizan dalam mencapai kejayaan sebenar di dunia dan di akhirat. 

Bahagian dua pula merangkumi bab enam hingga bab sepuluh yang membincangkan konsep Al-Mizan dan aplikasinya kepada masyarakat kampung di Malaysia. Melalui lima bab terakhir ini, penulis menerangkan konsep Al-Mizan secara menyeluruh dalam membentuk modal insan serba boleh bagi memacu negara pada masa hadapan. Antaranya; konsep Al-Mizan telah diserlahkan dalam trend semasa pendidikan negara dan dimenifestasikan dalam tiga bentuk iaitu liputan, istilah dan pemacu yang adil sebagai panduan kepada pemerintah dalam memberikan kemudahan prasarana pendidikan.  

Malahan, Al-Mizan bukan hanya menfokuskan pembangunan ekonomi tetapi turut mementingkan pembinaan masyarakat maju dari aspek sosial. Hal ini dapat merapatkan jurang sosioekonomi masyarakat kampung dan bandar dengan mengamalkan konsep kesamarataan dan konsep Al-Mizan melibatkan kerjasama daripada semua pihak bagi menjamin keharmonian masyarakat dalam jangka masa yang panjang. 

Intiharnya, buku ini telah menggarap maksud Al-Mizan secara menyeluruh merangkumi segenap aspek kehidupan dari sudut politik, ekonomi, sosial dan maqasid syariah. Selain itu juga, penulis membawa pembaca mengenali konsep Al-Mizan dalam pendidikan, Revolusi Perindustrian Empat (4IR), bidang perubatan dan budaya “kampung Al-Mizan” seperti budaya gotong-royong, menghormati antara satu sama lain, mendukung tradisi dan amalan budaya setempat yang berpegang teguh kepada agama. 

Namun begitu, penggunaan bahasa yang tinggi dalam buku ini telah menjadikan buku ini perlu dibaca dengan penuh penelitian agar pembaca tidak membuat andaian atau spekulasi secara semberono dalam memahami maksud Al-Mizan itu sendiri. Justeru, sedikit penambahbaikan dicadangkan kepada penulis untuk menyediakan halaman glosari agar pembaca dapat memahami maksud sesuatu perkataan dengan lebih baik.  

Buku ini dilihat mampu diaplikasikan oleh semua pihak tidak kira pemerintah mahupun rakyat dalam mengenali konsep Al-Mizan berlandaskan syarak. Malahan, melalui buku ini pembaca mampu memotivasikan diri mereka untuk beramal dan melakukan kebaikan yang konsisten. Jika semua pihak dalam organisasi sesebuah negara mengaplikasikan konsep ini, tidak mustahil negara tersebut mampu mengamalkan konsep adil dan saksama dalam pemerintahan serta membina sebuah masyarakat yang mampu berdaya saing dan maju pada masa hadapan bitdefender total security 2017 activation code bersesuaian dengan arus driver toolkit license key global terkini.

Baixar My APK