ULASAN BUKU/BOOK REVIEW

Antologi Puisi Sulaman Tinta by Hafizah Marzuki, Dr. Zul Azlin Razali, Dr. Maisarah Yaacob, Rezki Perdana Sewai, Dr. Nik Rahim Nik Wajis, Dr. Nur Huda Faujan, Dr. Siti Suriani Othman, Prof. Dr. Norita Md Norwawi, Dr. Khairunneezam Mohd Noor, Hariza Mohd Yusof, Dr. Rosidayu Sabran, Dr. Nursilah Ahmad, Dr. Ismail Abdullah, Nor Azzah Momin.

Diselenggara oleh Siti Suriani Othman, Habibah Ismail, Khairunnezam.

Forza Horizon

Penerbit USIM PRESS, 2019, 103 hlm.

Diulas oleh Aqilah Fauzi*

Antologi Puisi Sulaman Tinta ini mengandungi 46 buah puisi hasil tulisan 14 orang penulis yang terdiri dari tenaga akademik, pentadbir dan mantan pelajar USIM. Penulis-penulis tersebut ialah Hafizah Marzuki, Dr. Zul Azlin Razali, Dr. Maisarah Yaacob, Rezki Perdana Sewai, Dr. Nik Rahim Nik Wajis, Dr. Nur Huda Faujan, DR. Siti Suriani Othman, Prof. Dr. Morita Md Norwawi, Dr. Khairunnezam Mohd Noor, Hariza Mohd Yusof, Dr. Rosidayu Sabran, Dr. Nursilah Ahmad, Dr. Ismail Abdullah dan Nor Azzah Momin. Antologi ini merupakan terbitan USIM PRESS pada tahun 2019. Kesemua 46 buah puisi yang terkandung di dalam antologi ini adalah ungkapan pengalaman jiwa rasa pengarang tentang alam atau dunia persekitaran kehidupan manusia. Selaras dengan fungsi sebagai wadah pengucapan rohani, puisi-puisi dalam antologi ini berupaya mendukung emosi, imaginasi dan berpusat pada akal budi.

Puisi-puisi dalam antologi bertemakan ketuhanan di mana puisi-puisi yang terkandung ini akan membawa kita kembali kepada Tuhan dengan konsep penulisan yang berbentuk nasihat dan pesanan yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung. Selain itu, ada beberapa buah puisi yang merupakan rantaian bait-bait luahan hati dan perasaan.

Kelebihan antologi ini ialah pada penggunaan perkataan bombastik yang jarang digunakan dalam penulisan puisi yang biasa. Selain itu, pengarang turut selitkan beberapa potong hadis sebagai pesanan dan nasihat di dalam puisi. Bahagian yang paling istimewa di dalam puisi-puisi yang terkandung dalam antologi ini ialah signifikasi yang digunakan sebagai perlambangan. Sebagai contoh, puisi yang bertajuk Putri Gontor La Tansa. Keseluruhan puisi ini adalah sebuah perlambangan yang merujuk kepada sebuah institusi.

Dalam kelebihan yang disanjung sudah pasti akan terselit sedikit kelemahan. Begitu juga dengan antologi ini. Secara keseluruhannya, Antologi Puisi Sulaman Tinta mempunyai corak penulisan yang sama bagi setiap pengakhiran puisi. Namun, persamaan ini boleh dijadikan sebagai satu identiti yang melambangkan penulis-penulis Antologi Puisi Sulaman Tinta.

Kesimpulannya, Antologi Puisi Sulaman Tinta adalah sebuah naskhah yang perlu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat. Puisi-puisinya adalah puisi yang sangat mudah untuk difahami dengan plumbytes anti-malware crack kepilan nasihat dan open office 4.1.10 pesanan yang sangat berguna kepada semua.

I Gratis APK

crackedo

gratis