Background Image
Previous Page  3 / 28 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 3 / 28 Next Page
Page Background

B u l e t i n P e n y e l i d i k a n d a n I n o v a s i U S I M

3

K A T A P E N G A N T A R

K E T U A E D I T O R I B T I K A R

Warga USIM usai meninggalkan

dua bulan yang amat bermakna iaitu

Syawal dan Ramadan. Tabir Syawal

masih ada dan tabir Ramadhan sudah

berlalu meninggalkan kita dengan

episod muhasabah diri bagi menjadi

yang terbaik.

Keberadaan dalam tahun 2016

merupakan perkara yang mengujakan

kerana pada tahun ini warga

USIM

bertungkus-lumus

unutk

merealisasikan pelan strategik USIM

berada pada tangga dan sasaran

yang telah ditetapkan. Melihat kepada

pencapaian-pencapaian hasil usaha

pelbagai PTJ, tidak ada yang mampu

menolak dan menafikan kejayaan yang

akan dicapai dalam menghampiri

USIM16 sebagai universiti yang

akan dirujuk di peringkat serantau.

Apa yang lebih unik, USIM16 bakal

mengukir lakaran bagi kita dijadikan

rujukan serantau berteraskan integrasi

ilmu naqli dan aqli.

Rujukan ini menyeluruh kepada

semua staf termasuk staf akademik,

pentadbiran dan juga pelajar kerana

elemen-elemen inilah yang menjadi

inti pati kekuatan universiti. Ibarat

kata bulat air kerana pembetung,

bulat manusia kerana muafakat.

Tidak ketinggalan, PTJ dan CoE

di bawah naugan Timbalan Naib

Canselor Penyelidikan & Inovasi

(TNC P&I) turut berganding bahu dan

bekerjasama dalam menyasarkan

pelan strategik tersebut. Pelbagai

aktiviti, program, sumbang saran,

dengan pelbagai hubungan jaringan

strategik diadakan dengan hasrat dan

matlamat yang sama iaitu dirujuk dan

akhirnya menampakkan hasil bagi

dihormati, dirujuk dan juga releven

(respected, referred, relevant) atau

lebih sinonim dengan istilah 3R.

Ibtikar menemui pembaca lagi,

dengan paparan beberapa isu dan

juga pelaporan aktiviti maklumat-

maklumat yang terus dikemas kini

untuk edaran dan makluman staf

dan para pelajar di USIM berkenaan

aktiviti di bawah payung TNC P&I.

Sekali lagi untuk ingatan bersama,

USIM‘16 berada hampir dengan

garisan penamat.

Kita sahaja yang akan mampu

merealisasikannya dengan gaya

dan jaya. Sekali lagi terima kasih

daun keladi untuk semua pihak

yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam menjayakan

penerbitan pada tahun yang amat

bermakna ini. Tertangguk pada ikan

sama mengeruntungkan, tertangguk

pada rangsang sama mengiraikan.

Selamat membaca.

Salam hormat,

Hariza Mohd Yusof

Ketua Editor