Background Image
Previous Page  25 / 28 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 25 / 28 Next Page
Page Background

B u l e t i n P e n y e l i d i k a n d a n I n o v a s i U S I M

2 5

MOD E L I ND E KS P E N E N T UAN HAD

T EMP OH MUA L A F

Main Researcher

Prof. Madya Dr. Azman Ab Rahman

Area Of Expertise

• Syariah (Fiqh dan Usul Fiqh)

• Zakat dan Muamalat

• Fiqh Semasa dan Fatwa

Professional Affliations

• Ph.D UIAM 2010

• Diploma Penterjemahan

Profesional, Dewan Bahasa dan

Pustaka Serta

• Persatuan Penterjemah Malaysia

2005

• Sarjana UIAM 2003

• Sarjana Muda Al al-Bayt

University, Mafraq, Jordan 2000

Abstract

Statistik yang dikeluarkan oleh

Persatuan Peguam Syarie Malaysia

pada tahun 2012 menunjukkan

peningkatan kadar pemelukan agama

Islam seramai 76, 663 orang di

antara tahun 2002 sehingga tahun

2009, sekaligus membuktikan

penerimaan yang baikterhadap

agama Islam daripada golongan

bukan Islam. Mereka yang baru

memeluk agama Islam ini secara

urufnya digelar sebagai mualaf dan

mempunyai hak dalam saham zakat.

Namun, persoalan timbul berkaitan

penentuan had tempoh panggil

mualaf yang tidak seragam antara

negeri di Malaysia khususnya dari

sudut kerelevanan panggilan mualaf

yang masih digunakan kepada

golongan mualaf yang sudah puluhan

tahun memeluk agama Islam.

Perbezaan had tempoh panggilan

mualaf turut memberi impak kepada

agihan zakat kepada mualaf. Objektif

inovasi Model Indeks Penentuan

Had Tempoh Mualafdibangunkan

sebagai pengukuran penentuan had

tempoh mualaf di Malaysia. Model

ini akanmenjadi indikator untuk

mengenalpasti dan menetapkan

had tempoh panggilan mualaf yang

sesuai mengikut realiti semasa di

Malaysia. Penentuan tempoh mualaf

selama lapan tahun berasaskan

tempoh

peralihan

seseorang

individu daripada umur mumayyiz

sehingga baligh merupakan ciri dan

keistimewaan model ini. Penentuan

tempoh sehingga lapan tahun (8)

tersebut akan diukur berdasarkan

modul pengajaran dan pembelajaran

mualaf yang digunapakai olehJabatan

Agama Islam Negeri. Implikasi

hasil inovasi ini dapat membantu

pihak berwajib dalam penentuan

had tempoh mualaf berdasarkan

tahap kefahaman, pengukuhan dan

kemantapan mengenai Islam. Di

samping membantu institusi zakat

di Malaysia dalam penentuan dasar

agihan zakat kepada mualaf.

Co-Researcher:

En. Wan Mohd Fazrul Azdi Wan

Razali, Dr. Mahazan Abdul Mutalib

Prof. Madya Dr. Irwan Mohd Subri,

Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali

Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd

Amin, Dr. Rose Irnawaty Ibrahim, Cik

Norlina Ismail

r e s e ar ch p r odu c t