Background Image
Previous Page  19 / 28 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 19 / 28 Next Page
Page Background

B u l e t i n P e n y e l i d i k a n d a n I n o v a s i U S I M

1 9

Disediakan oleh : Khairunnisa Ismail

K E T UA P O L I S N E GARA

S E BA GA I C

e

O@FA

C U LT Y

P R O G RAMME ( C F P ) K E DUA

U S I M

KUALA LUMPUR, 21 Jun 2016 -

Pihak USIM bersama delegasi yang

telah diketuai oleh Prof. Dato’ Dr.

Musa Ahmad, Naib Canselor USIM

telah mengadakan kunjungan hormat

ke Pejabat Ketua Polis Negara bagi

menyampaikan watikah pelantikan

CeO Faculty Programme (CFP) kepada

Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

Kunjungan kali pertama ke Ibu Pejabat

Polis Bukit Aman ini bertujuan untuk

melantik Ketua Polis Negara (KPN)

sebagai Profesor Adjung Kebangsaan

(CeO@Faculty

Programme) di Pusat

Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan

Dadah Asia (ACREDA) sempena

CeO@Faculty

Programme (CFP)

di bawah Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (Pendidikan

Tinggi) 2015-2025. Program ini

akan menggarap kepakaran dan

pengalaman daripada pemain industri

terpilih untuk memberi ceramah dan

menyampaikan pengetahuan kepada

warga universiti secara menyeluruh,

terus dan komprehensif. Program ini

telah mula dilancarkan oleh Menteri

Pendidikan Malaysia pada 7 April

2015.

Sepanjang

sesi

pertemuan

berlangsung, pihak USIM telah

membentangkan

maklumat

berkaitan USIM dan keseluruhan

perancangan program berdasarkan

lantikan. Pihak Tan Sri KPN telah

berbesar hati menerima pelantikan

tersebut dan tempoh pelantikan

beliau adalah selama satu tahun.

Beberapa perancangan program

telah digariskan sepanjang pelantikan

beliau di USIM seperti syarahan

umum, forum, seminar, kursus dan

pengajaran bagi subjek dalam bidang

kepakaran di peringkat prasiswazah

dan/atau

pascasiswazah.

Pelantikan Tan Sri Dato’ Sri Khalid

Abu

Bakar

yang

mempunyai

pengalaman sebagai seorang pegawai

kanan polis yang pernah berkhidmat

dalam bahagian antidadah dan

narkotik dalam Polis Diraja Malaysia

(PDRM) amat bersesuaian untuk

membantu pihak ACREDA amnya

dalam menjalankan kajian, seminar

dan aktiviti berkaitan penyalahgunaan

dadah.

b e r i t a