Background Image
Previous Page  18 / 28 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 18 / 28 Next Page
Page Background

I

B i l 5

I

J u n e 2 0 1 6

1 8

Disediakan oleh : Razman Ibrahim

I S FA TWA 2 0 1 6 : L ON J AKAN

I N FAD S E BA GA I P U S A T

RU J UKAN FA TWA S E RAN TAU

USIM, 18-19 Mei 2016 – Selaras

dengan

agenda

USIM

yang

menyasarkan untukmenjadi rujukan di

peringkat serantau pada tahun 2016,

Institut Pengurusan dan Penyelidikan

Fatwa Sedunia (INFAD) mengorak

langkah menganjurkan Seminar

Fatwa

Antarabangsa

(ISFATWA

2016). Bertempat di Kompleks

Permata Insan USIM, ISFATWA 2016

yang bertemakan “Mendidik Ummah

dengan Fatwa” ini bukan hanya

sebagai medan perkongsian pintar dan

dialog intelektual para cendekiawan

Islam, malah ia turut mengangkat

kedudukan dan peranan fatwa

sebagai sumber rujukan dan panduan

perundangan hukum Islam, bahkan

tujuan lebih besar untuk mendidik

masyarakat dan ummah berpegang

kepada akidah serta kefahaman Islam

yang benar lagi jelas.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama

Islam Malaysia, Prof. Emeritus Tan

Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin

pada sesi ucaptama amat menyokong

penganjuran seminar fatwa seperti

ini kerana merupakan medan

yang tepat untuk membahaskan

pandangan fatwa dan hukum Islam

yang klasik dan moden secara lebih

ilmiah. Bahkan, ia turut menjadi input

berguna sebagai rujukan kepada ahli

akademik dan penyelidik universiti

serta pihak yang terlibat secara

langsung dalam proses pengeluaran

fatwa. Pandangan ini turut disokong

oleh Sheikh Muhammad Muhammad

`Awwamah, Penyandang Kursi Felo

Utama dalam Kajian Fatwa INFAD

yang turut menyampaikan ucaptama

di seminar berkenaan.

Kedua-dua sesi ucaptama menyentuh

kepentingan aliran mazhab Ahli

Sunnah wal Jamaah (ASWJ) sebagai

pegangan umat Islam, bahkan lebih

penting lagi ia menjadi garis panduan

penting dalam proses penetapan dan

pengeluaran fatwa serta perundangan

hukum Islam. Fahaman ASWJ terbukti

berjaya menyatukan umat serta

mengelakkan umat Islam daripada

berlaku perpecahan serta pemikiran

melampau, sesat dan sebagainya.

ISFATWA 2016 ini dihadiri oleh

seramai 150 orang peserta serta

menampilkan 96 orang pembentang

kertas kerja dari dalam negara,

Asia Tenggara serta Timur Tengah

dan Afrika. Prof. Madya Dr. Irwan

Mohd Subri, Pengarah INFAD

merangkap Pengarah ISFATWA 2016

mengharapkan seminar ini menjadi

titik tolak dan langkah masa hadapan

INFAD untuk membina jaringan yang

lebih luas dan hubungan strategik

yang mantap bersama tokoh,

organisasi dan institusi fatwa bukan

sahaja di Malaysia, malah di peringkat

serantau dan dunia.

b e r i t a