Background Image
Previous Page  17 / 28 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 17 / 28 Next Page
Page Background

B u l e t i n P e n y e l i d i k a n d a n I n o v a s i U S I M

1 7

Disediakan oleh : Azmi Jamil

P E NGANU G E RAHAN DAN

P E L ANC ARAN I ND E KS SYAR I AH

MA L AYS I A

PUTRAJAYA - 19 Januari 2016: USIM

telah mengorak langkah menerajui

dalam penghasilan penyelidikan

dan inovasi yang relevan kepada

industri dan kesejahteraan ummah

berasaskan pematuhan syariah.

Usaha ini selaras dengan hala tuju

USIM untuk meningkatkan kualiti

penyelidikan berstatus pakar rujuk

dan diiktiraf di peringkat tempatan

dan antarabangsa. Sejajar dengan

hasrat itu, USIM telah dipilih antara

enam universiti awam lain untuk

menganggotai Jawatankuasa Tadbir

Urus Indeks Syariah Malaysia yang

dipengerusikan oleh Prof. Emeritus

Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji

Husin. Antara tugas jawatankuasa ini

adalah untuk menghasilkan kerangka

model indeks syariah yang menepati

matlamat pengukuran indeks syariah

itu.

Majlis penganugerahan ini telah

diadakan pada 19 Januari 2016

bertempat di Dewan Bankuet Seri

Perdana, Putrajaya. USIM telah

diwakili oleh Prof. Madya Dr. Zairina

Abd Rahman yang menerima

pelantikan yang telah disampaikan

oleh Perdana Menteri Malaysia; Dato’

Seri Najib Tun Abd Razak. Majlis ini

turut dihadiri Naib Canselor USIM;

Prof. Dato’ Dr Musa Ahmad dan

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan

dan Inovasi); Prof. Dato’ Dr. Mustafa

Hanefah.

Idea dan cetusan awal pembangunan

Indeks

Syariah

Malaysia

ini

diilhamkan oleh Perdana Menteri

sendiri. Ia sebagai mekanisme bagi

memperbaiki dan menambah baik

program untuk kesejahteraan rakyat

yang mencakupi lapan bidang utama

iaitu perundangan, politik, ekonomi,

pendidikan,

kesihatan,

budaya,

prasarana serta sosial.

b e r i t a