Background Image
Previous Page  13 / 28 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 13 / 28 Next Page
Page Background

B u l e t i n P e n y e l i d i k a n d a n I n o v a s i U S I M

1 3

Teori Tingkah Laku Kognitif Rawatan

(CBT) Dan Pemulihan Penyalahgunaan

Dadah

Prinsip-prinsip dan ciri-ciri Teori

Tingkah Laku Kognitif dapat digunakan

dalam situasi membantu secara klinikan

dan bukan klinikal. Prinsip-prinsip

seperti yang telah dijelaskan iaitu (1)

Perhubungan kolebratif, (2) Menumpukan

isu semasa, (3) Emparisma dan (4)

Merasionalsima dalam teori tingkah laku

kognitif dapat memberi sumbangan yang

besar dalam membantu mereka yang

terlibat dengan penagihan dadah. Antara

kaedah teori tingkah laku kognitif dalam

membantu penagihan dadah ialah dengan

memperkasakan pesakit iaitu :-

• Memberikan mereka kaedah dan

teknik yang mudah dalam mengubah

pemikiran negatif mereka

• Menguatkan keyakinan dan kehendak

matlmat mereka dalam isu penagihan

dadah

• Membantu mereka membayangkan

masa hadapan dengan positif

• Membantu mereka meningkatkan

kekuatan dan perhubungan yang lebih

positif

• Membantu mereka dalam menagani

masalah relaps

• Membantu mereka dalam membuka

ruang dalam aktiviti yang lebih

bermakna daripada aktiviti yang

membolehkan mereka relaps kepada

penagihan dadah.

(Sumber : The Rocevery Village)

Terdapat satu kajian yang mengabungkan

53 buah kajian rawatan pemulihan dadah

menggunakan kaedah Meta Analisis.

Kajian ini dijalankan oleh Magill dan

Ray (2009) untuk melihat penggunaan

rawatan berteraskan terapi tingkah laku

kognitif dalam membantu mereka yang

terlibat dengan ketagihan alkohol dan

penyalahgunaan dadah. Hasil kajian

daripada kajian Meta Analisis terhadap

53 buah kajian ini menunjukkan bahawa

tahap efikasi penggunaan terapi tingkah

laku kognitif ini memberi kesan yang kuat

dan berkesan terhadap sampel wanita

dan juga mereka yang teribat dengan

penyalahgunaan dadah jenis ganja.

Penggunaan

terapi

tingkah

laku

kognitif merupakan pendaketan yang

fleksibel dan boleh disesuaikan dengan

pelabagai keadaan. Dalam sesi individu,

penggunaan terapi tingkah laku kognitif

dapat digunakan dengan mengenal pasti

bagaimana seseorang itu berfikir dari segi

pemikiran automatis yang menyebabkan

seseorang itu tidak dapat keluar daripada

cengkaman penagihan dadah. Bagi sesi

kelompok terapi tingkah laku kognitif

pula, ahli kelompok akan mempelajari

kemahiran-kemahiran baru bersama

rakan untuk kemahiran

cooping

dan

kemahiran interpersonal bersama ahli-

ahli yang lain supaya dapat menagani

isu penagihan dadah dan juga masalah

relaps yang mereka akan hadapai bila

tamat program rawatan mereka di pusat

rawatan. Pesakit yang melalui rawatan

juga boleh menggabungkan rawatan

berteraskan terapi tingkah laku kognitif ini

dengan rawatan-rawatan yang lain seperti,

kaunseling kerjaya, terapi ekpresi (muzik,

seni, akupuntur dan yoga) dan juga

rawatan yang berteraskan farmakotrtapi

seperti rawatan metahdone (MMT).

Dengan pengabungan ini, rawatan dapat

memberi kesan yang lebih positif dalam

tempoh jangka masa yang lebih lama.