Background Image
Previous Page  16 / 28 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 16 / 28 Next Page
Page Background

I

B i l 5

I

J u n e 2 0 1 6

1 6

NILAI – 17 Mac 2016: Penerbit USIM

meluaskan jaringan kerjasama di

peringkat lokal dengan memeterai

dua Memorandum Perjanjian (MoA)

bersama Institut Terjemahan dan Buku

Malaysia (ITBM) dan Perbadanan

Kota Buku bertempat di Ruang

Galeri USIM. Perjanjian tersebut

telah ditandatangani oleh USIM yang

diwakili oleh Naib Canselor, Prof.

Dato’ Dr. Musa Ahmad. Manakala

ITBM diwakili oleh Pengarah Urusan,

En. Mohd Khair Ngadiron dan

Perbadanan Kota Buku diwakili oleh

Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Sayed

Munawar Sayed Mohd Mustar.

Disediakan oleh : Mohd Faiz Hamzah

K E L E S TAR I AN P E N E RB I TAN

ME L A L U I K E R J A S AMA I T BM

DAN P E RBADANAN KO TA BUKU

P E N E RB I T U S I M K E ARAH

ME NC A PA I U S I M ‘ 1 6

Antara intipati perjanjian bersama

ITBM adalah Projek Kerjasama

Terjemahan & Penerbitan Koleksi

Buku Ilmiah Pendidikan Tinggi dalam

Bidang Perubatan & Kejururawatan.

Antara judul buku yang telah

diterbitkan ialah

Reflections of An

English Muslim

dan buku terjemahan

berjudul

Nurturing A Balanced

Person The Leadership Challenge.

Menerusi perjanjian dengan Kota

Buku, Penerbit USIM telah bersetuju

untuk menerbitkan dan menukar

sebanyak 22 judul buku bercetak

ke dalam bentuk e-book menerusi

perkhidmatan yang ditawarkan oleh

Perbadanan Kota Buku.

b e r i t a

BANDAR SERI BEGAWAN – 26

Feb 2016: Buku "Sumbangan dan

Cabaran Ahli Sunnah Waljamaah

di Alam Melayu" dan "Pembiayaan

dan Pembangunan Wakaf dalam

Melestarikan Ekonomi Ummah:

Cabaran dan Prospek Masa Hadapan"

kerjasama Penerbit USIM & KUPU SB,

Brunei telah dilancarkan oleh wakil

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja

Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri

Haji Awang Halbi Hj Mohd Yussof,

Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan

Brunei Darussalam bersempena

dengan Pesta Buku Brunei 2016.

Pesta Buku Brunei yang berlangsung

selama 10 hari bermula pada 26

Februari hingga 6 Mac 2016 telah

disertai oleh Penerbit USIM saban

tahun bermula pada 2013. Delegasi

Penerbit USIM tahun ini membawa

misi menjayakan USIM'16. Projek

pertama kali dengan KUPU SB menuai

hasil pada tahun ini. Delegasi kali ini

disertai oleh Prof. Dato' Dr. Mustafa

Hanefah, Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan & Inovasi). Prof. Dato’

Dr. Mohammad Alias, Prof. Madya

Dr. Asma Abdul Rahman, Prof. Madya

Dr. Muhammad Yusuf Khalid, serta

kakitangan Penerbit USIM.