Background Image
Previous Page  6 / 28 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 6 / 28 Next Page
Page Background

I

B i l 5

I

J u n e 2 0 1 6

6

jelas memperlihatkan usaha-usaha

yang dilakukan ACREDA.

Selain itu, saya juga berpendapat

bahawa,

pencapaian

terbesar

ACREDA adalah melalui program

yang ditawarkan yang mampu

mengintegrasikan kerajaan dengan

NGO dalam menghubungkan dunia

penyelidikan dan praktikal diluar

sana. Dengan terhasilnya beberapa

manuskrip yang berkaitan dengan

prinsip pencegahan penyalahgunaan

dadah serta modul pencegahan

komuniti iaitu

community battery-

drug abuse prevention strategy

atau dikenali sebagai COMBAT-

DAPS, pembangunan modul yang

diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’

Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin,

mantan Pengarah ACREDA yang

kini merupakan Pengarah Bahagian

Pengurusan Psikologi di Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA), beberapa

penyelidik USIM dan rakan strategik

USIM telah banyak membantu

kerajaan dan NGO dalam menangani

kes-kes pencegahan dan penagihan

dadah. Modul ini juga telah mendapat

pengiktirafan daripada beberapa

badan luar dan pada tahun 2010, saya

diberi peluang untuk membentangkan

kertas kerja modul ini dalam konferens

iaitu The Society for Prevention

Research (SPR) di Denver, Colorado.

Modul pencegahan ini kini sedang

dalam proses dinaiktaraf kepada versi

yang lebih terkini untuk disesuaikan

dengan tetapan dan sasaran pengguna

modul dan dijangka akan dikeluarkan

dalam tahun ini juga.

Selain

modul

COMBAT-DAPS

ini, pencapaian ACREDA dalam

membantu

membanteras

penyalahgunaan dadah adalah melalui

pendekatan psikospiritual Islam yang

diperkenalkan oleh Prof. Madya Dr.

Mohd. Rushdan Mohd. Jailani, iaitu

mantan pengarah ACREDA yang

kedua. Konsep Psikospiritual Islam ini

sangat menepati fitrah asal kejadian

manusia dan kesedaran terhadap

Terapi Psikospiritual banyak

diutarakan oleh ramai pengkaji dan

kaunselor di Barat.

3. USIM sedang menyasarkan untuk

menjadi pusat rujukan di peringkat

serantau pada tahun 2016 (USIM

’16). Jadi apakah perancangan

aktiviti yang akan digerakkan oleh

ACREDA untuk tahun ini?

Pada tahun ini ACREDA telah

mengadakan aktiviti-aktiviti seperti

Program Pengantarabangsaan Serta

Lawatan Akademik dan Teknikal ke

Perth, Australia, yang telah diadakan

pada 16 Februari 2016. Program

ini telah disertai oleh pensyarah