Background Image
Previous Page  10 / 28 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 10 / 28 Next Page
Page Background

I

B i l 5

I

J u n e 2 0 1 6

1 0

Oleh

Dr. Amin Al Haadi Shafie

P e nya l ahg unaan Dadah ,

A C R E DA dan T e o r i T i ngkah

L aku Ko gn i t i f ( C B T )

Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh

nombor satu negara oleh Mantan Perdana

Menteri Malaysia yang keempat pada

19 Februari 1983 bersempena dengan

sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan.

Pihak kerajaan telah mendapati bahawa

masalah dadah bukan lagi sekadar

masalah sosial tetapi telah mula dianggap

sebagai ancaman kepada keselamatan

negara.

Menyedari

akan

bahana

dadah, Dasar Dadah Kebangsaan telah

diperkenalkan pada tahun 2004 bertujuan

untuk mewujudkan negara Malaysia bebas

daripada gejala ancaman dadah menjelang

2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup

masyarakat dan mengekalkan kestabilan

dan ketahanan nasional (Amin Al Haadi ,et

al, 2015).

Atas

semangat

memerangi

penyalahgunaandadah, pihakKementerian

Pendidikan Tinggi (KPT) pada tahun

2005 telah mengambil langkah dengan

membuka program diploma siswazah

dalam penyalahgunaan dadah (SPADA).

Program ini mengfokuskan pegawai-

pegawai kerajaan dan mereka yang

berminat dalam membantu golongan

yang terlibat dengan penyalahgunaan

dadah untuk meningkatkan lagi ilmu dan

kemahiran dalampembendungan, rawatan

dan pemulihan. Pada 1 Januari 2010,

pusat penyelidikan dalam penyalahgunaan

dadah Asia (ACREDA) telah ditubuhkan.

Penubuhan ini memenuhi ciri-ciri

kecemerlangan USIM dan KPT melalui

aktiviti penyelidikan, penerbitan, latihan

dan perkhidmatan. Penubuhan ACREDA

ini juga berasaskan landansan pusat

kecemerlangan di bawah Teras Ketiga

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

(PSPTN) dalam mempergiatkan inovasi

dan penyelidikan.

Pada bulan Februari 2016, Timbalan

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad

Zahid Hamidi, mengumumkan tahun

2016 sebagai tahun kempen besar-

besaran untuk memerangi jenayah

berkaitan dadah. Perkara ini dibangkitkan

berikutan peningkatan jumlah penagih

dadah berdaftar seramai 26,660 orang

pada tahun lalu, menjadikan keseluruhan

282,660 penagih direkodkan seluruh

negara ketika ini. Timbalan Perdana

Menteri juga berkata, peningkatan

golongan muda termasuk murid sekolah

dengan paling muda berumur tujuh tahun

telah dikesan menjadi penagih dadah pada

tahun lalu, memerlukan langkah baharu

lebih berkesan bagi memerangi gejala itu.

Saranan ini diumumkan pada Sambutan

Hari Anti Dadah Kebangsaan 2016 di

Lawas (Berita Harian, 2016).

ACREDA USIM tidak terlepas dalam

menyahut seruan Timbalan Perdana

Menteri dalam kempen besar-besaran

untuk memerangi jenayah berkaitan

dadah. Banyak program kemasyarakatan

telah dijalankan oleh pihak ACREDA seperti

kempen anti dadah anjuran ACREDA, Kolej

universiti KPJ dan AADK. ACREDA juga

telah diberi amanah untuk menjalankan

kajian-kajian lapangan, keberkesanan

rawatan dan pemulihan program serta

perkhidmatan yang dianjurkan oleh pihak

AADK.