PANGGILAN BAB DALAM BUKU

“Kelestarian Penerbit Universiti di Malaysia”

Penerbit universiti di Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran yang menggugat kelestariannya. Isu governans misalnya, telah menekan beberapa penerbit universiti dalam pembesaran sumber manusia selain kekangan kewangan yang merencat kegiatan penerbitan ilmiah. Kalaupun sesebuah penerbit universiti mampu meningkatkan perolehan manuskrip yang baik daripada sarjana terkemuka, mereka tidak dapat memanfaatkan kreativiti bagi menerbitkan buku bermutu tinggi kerana perlu melabur dalam jumlah yang besar untuk menampung kos pengeluaran. Pada sisi lain, penerbit universiti telah memperlihatkan kemampuan mempromosi dan memasarkan buku terbitan mereka. Sebahagian penerbit universiti kita pula telah melangkah jauh ke persada antarabangsa menjalin kerjasama penerbitan dan menjual beli hak cipta penerbitan. Mereka juga ikut serta dalam pelbagai pesta buku peringkat antarabangsa yang besar dan terkemuka. Demikianlah seberkas isu yang akan dibincangkan dalam sebuah buku yang bakal diterbitkan secara bersama oleh IIUM Press, Penerbit USIM dan Penerbit Universiti Malaya.

Format Penulisan
Contoh Template
Daftar Sekarang

Untuk Terbitan Penerbit USIM, UM dan IIUM

TARIKH AKHIR PENERIMAAN BAB: 31 JANUARI 2023

HURAIAN TOPIK: TEMA

 

  • Perkembangan Mutakhir Penerbit Universiti
  • Governans/Pengurusan Penerbit Universiti
  • Perolehan dan Pengeluaran Manuskrip
  • Pemasaran dan Promosi
  • Pengantarabangsaan
  • Penglibatan dalam Pesta Buku
  • Pengiktirafan

BENTUK PENULISAN

  • Penulisan kajian kes/penyelidikan/ilmiah
  • Penulisan mengenai perkongsian amalan terbaik, pengalaman
  • Penulisan yang disokong oleh data dan maklumat yang sahih
  • Bilangan perkataan: 1500-2500 patah

JUMLAH PENULIS

Tidak Melebihi 5 Orang

BAHASA

Bahasa Melayu

Format Penulisan
Template

PENERBITAN BERMUTU

KEUTAMAAN KAMI

Hubungi Kami

MAKLUMAT URUS SETIA:

Ainnatun Nadrah Mansor
ainnatunnadrah@usim.edu.my
013-358 7822

Noor Adibah Mohamad
dibpenang@usim.edu.my
013-204 8487